Connect with us

VALORANT

Guna Kay/o pun boleh Ace, menang tour

Published

on

Foto: Riot Games/Colin Young-Wolff

PEMAIN Valorant Indonesia yang baru berusia 17 tahun, Jason Susanto (Forsaken), berjaya membunuh kesemua pemain pihak lawan, pada pusingan terakhir Grand Final KJC Esports 2021 sekali gus memberikan kemenangan kepada Paper Rex (PPRX) pada malam semalam.

Apa yang berlaku?
Dalam pusingan terakhir grand final menentang pasukan Bleen Esports, PPRX melakukan serangan merusuh sejak awal pusingan dengan duo Kay/0 (Forsaken) dan Jet (Jingg) di bahagian B Ascent. Kedua-dua pemain itu juga dilihat membuka skil Ulti masing-masing.

Jing kemudiannya membaling Cloudburst dan melancarkan abiliti Tailwind untuk menawan kawasan Spike B yang kelihatan tiada satu pun pemain Bleed Esports.

Forsaken membaling Zero/Point di bahagian Market, mengakibatkan dua pemain Bleed Esports tidak boleh menggunakan abiliti untuk tempoh tertentu, sekali gus mendedahkan kedudukan mereka.

Forsaken kemudiannya menghampiri di bahagian sebelum Anchor dan melancarkan Flash/Drive. Tiga pemain Bleed Esports silau akibat abiliti Kay/0 itu dan Forsaken berjaya mendapatkan 3 mata bunuh.

Dia kemudiannya menghampiri bahagian Market, dan mengakhiri pusingan itu dengan kemenangan 13-4. PPRX menang 3-0 pada peringkat Grand final itu.

Menerusi kemenangan itu, PPRX membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM12,500 (AS$3,000).

PPRX sebelum ini menjadi pasukan Asia Tenggara pertama yang melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Valorant: Stage 3 Masters 2021, yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 13-15 September lalu.

Pada 28 September lalu, PPRX telah merekrut bekas pemain Team SMG, Wang Jing Jie, (Jingg) untuk menyertai pasukan itu sebagai salah satu pemain utama.

Berikut adalah senarai pemain PPRX ketika ini:

Benedict Tan (Benkai)
Khalish Rusyaidee (d4v41)
Jason Susanto (f0rsakeN)
Aaron Leonhart (mindfreak)
Wang Jing Jie (Jinggg)
Zhan Teng Toh (shiba)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved