Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: Hilang Aura di San Martin, Team Secret MY terus dominasi, kini Top 2

Published

on

Foto:PUBG Mobile Esports Malaysia

Pasukan profesional PUBG Mobile tempatan Team Secret MY, berjaya memenangi pertarungan awal menentang pasukan Indonesia, Aura Esports di kota San Martin pada hari kedua Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020.

Gandingan rusher Team Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dan Asyam Allam (Rex) sekali lagi menunjukkan kecemerlangan dan keserasian mereka apabila berjaya memenangi perlawanan dua lawan dua antara pemain Aura Warouw Fabrian (Roses) dan Jason Kurniawan (Jayden).

Walaupun hanya mempunyai selaras senapang patah, pemain termuda Secret, uHigh berjaya melumpuhkan dua pemain Aura sekaligus menukarkan momentum perlawanan.

Serangan yang tidak menjadi daripada pasukan Indonesia Aura Esports memberikan kemenangan keenam kepada pasukan Team Secret MY di San Martin.

WTM Today sebelum ini menjangkakan pasukan Aura Esports dan Team Secret MY akan mendarat di kawasan yang sama berdasarkan latihan perlawanan persahabatan (scrim) yang dilakukan sebelum menjelang PMPL SEA Final.

BACA: ANALISIS SEA Final: Team Secret vs Aura Esports

Team Secret MY kini mendahului rekod pertembungan tidak rasmi di San Martin menentang pasukan Aura Esports dengan rekod 6:2.

Berikut merupakan senarai rekod pertembungan Team Secret MY terhadap Aura sepanjang Scrim Asia Tenggara:

  • Scrim Saja-Saja (6 Okt): 1-0
  • Scrim Saja-Saja (7 Okt): 1-0
  • Scrim Saja-Saja (12 Okt): 2-0
  • Team Secret Pro Scrim (15 Okt): 0-1
  • BeCrazy SEA Scrim (19 Okt): 1-0
  • BeCrazy SEA Scrim (20 Okt): 0-1

Pada hari sebelumnya, kedua-dua Team Secret MY dan Aura Esports memutuskan untuk beredar daripada kawasan San Martin tanpa memulakan sebarang perlawanan.

Pada pusingan kali ini, pasukan tempatan memulakan inisiatif dengan mendarat ke bangunan yang mempunyai papan tanda, iaitu bangunan utama kota San Martin untuk memulakan serangan terhadap Aura Esports MY.

Walaupun hanya mempunyai dua ahli yang tinggal, Rex dan uHigh berjaya menamatkan pusingan Miramar di tempat kedua di belakang pasukan Secret Jin dari Thailand.

Team Secret MY kini berada di tempat kedua di carta keseluruhan dengan 78 mata keseluruhan dan 25 mata bunuh.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia
Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

Kini, Team Secret MY berada di tempat ketiga secara keseluruhan selepas tujuh pusingan perlawanan dan mempunyai harapan yang tinggi untuk layak ke kejohanan PUBG Mobile Global Championship yang dijangka akan berlangsung pada November nanti.

Satu lagi pasukan Malaysia, Geek Fam berada di tempat kelima secara keseluruhan.

Dua lagi pasukan Malaysia, pasukan SMG dan Yoodo Gank masing-masing berada di tempat kesembilan dan ke-11 .

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Peminat boleh menonton dan memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan di Facebook Live PUBG Mobile bermula 2 petang.

4 pasukan terbaik Asia Tenggara dari kejohanan itu akan menerima jemputan dan slot ke peringkat dunia, PMGC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved