Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final DAY 1: Malaysia main dengan baik, Geek Fam Top 2

Published

on

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

PASUKAN profesional PUBG Mobile Malaysia, Geek Fam berjaya menamatkan hari pertama Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 dengan cemerlang apabila berada di tempat kedua secara keseluruhan.

Geek Fam MY yang dibarisi Mohd Irzam Aman Bin Mohd Zaini (Damrude), Ahmad Syafiq Imran Bin Mohamad (Qb), Mohd Yazid Bin Sahol Hamid (Sane), Mohamad Nabil Bin Nazaruddin (Snipes) dan Muhammad Syakir Nabihan Bin Samsuri (Miracle) berjaya mengutip 66 mata secara keseluruhan dengan 34 mata bunuh.

Aksi konsisten Geek Fam juga berjaya menempatkan pasukan mereka di tempat kedua walaupun belum pernah memenang sebarang Chicken Dinner setakat ini.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia
Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

Walaupun SEA Final Musim Kedua 2020 merupakan kejohanan antarabangsa mereka yang pertama di peringkat ini, pasukan Geek Fam mempamerkan aksi konsisten dengan menamatkan hampir setiap pusingan di kelompok lima pasukan terbaik.

Pasukan Geek Fam sebelum ini berjaya melayakkan diri ke SEA Final dengan mendapat tempat keempat dalam peringkat akhir Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MYSG) bulan lalu.

Geek Fam kini berada dalam kedudukan selesa untuk mendapatkan slot ke kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) yang melibatkan pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik dari seluruh dunia dan dijangka akan berlangsung pada bulan November nanti.

Sementara itu, dua pasukan Malaysia iaitu Team Secret MY dan Team SMG berjaya tamatkan hari pertama di kelompok lima pasukan terbaik dengan masing-masing berada di tempat keempat dan kelima dalam carta keseluruhan.

Team Secret MY mengutip 54 mata, manakala Team SMG 44 mata.

Satu lagi pasukan Yoodo Gank, yang turut merupakan juara bertahan masih mencari konsistensi yang diperlukan dan kini berada di tempat ke-10 secara keseluruhan dengan kutipan 32 mata ketika ini.

Pasukan Indonesia yang tidak mengutip sebarang Chicken Dinner ketika ini, Aerowolf LIMAX berada di ranking pertama dengan catatan 84 mata selepas lima pusingan berlangsung.

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Peminat boleh menonton dan memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan di Facebook Live PUBG Mobile bermula 2 petang.

4 pasukan terbaik Asia Tenggara dari kejohanan itu akan menerima jemputan dan slot ke peringkat dunia, PMGC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved