Connect with us

PUBG Mobile

SEA FINAL: Gajah sama gajah gaduh, pelanduk Rex tak mati tersepit!

Published

on

KUALA LUMPUR – Percaturan pemain profesional PUBG Mobile dari pasukan Team Secret MY, Asyam Allam (Rex) menjadi pihak ketiga dalam pertempuran jaguh Thailand PW 888 dan jaguh dunia Bigetron Red Aliens di bulatan akhir pusingan keempat Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 hari ini membuahkan hasil.

Rex dilihat kekal tenang sehingga pertarungan ‘gajah sama gajah’ itu berhenti dan mengambil kesempatan untuk mengutip segala mata bunuh yang ada dengan meratakan saki baki pemain kedua-dua pasukan itu..

Rex dan Team Secret MY berjaya mengutip 19 mata termasuk kutipan mata Chicken Dinner itu dan melonjak naik ke tempat ketiga carta ketiga ini.

https://www.instagram.com/p/CGr-9lbDFvS/

Ia sekali gus menjadikan kutipan Chicken Dinner ketiga untuk Malaysia selepas Yoodo Gank dan Team SMG berjaya mengutip Chicken Dinner di Erangel pada pusingan pertama dan kedua SEA Final hari ini.

Setakat ini, kesemua pasukan Malaysia yang bertanding termasuk Geek Fam menunjukkan satu corak permainan yang konsisten dan meyakinkan apabila berada dalam kedudukan tujuh terbaik dalam ranking Asia Tenggara ketika ini.

Berbaki lagi satu pusingan kali ini, 16 pasukan terbaik rantau ini sedang bertarung untuk mendapatkan slot ke kejohanan berprestij tinggi, PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

Tonton dan beri sokongan kepada atlet-atlet e-sukan Malaysia yang bertanding di SEA Final di Facebook PUBG Mobile dari 23 hingga 25 Oktober bermula jam 4 petang!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved