Connect with us

PUBG Mobile

SEA FINAL: “Walau dapat slot, kami tetap langsung BarBar”- Microboy

Published

on

JUARA Dunia Liga PUBG Mobile (PMWL) Timur dari Indonesia, Bigetron Red Aliens berjaya mengutip Chicken Dinner pada pusingan ketiga di peta Miramar sekaligus melonjak ke tempat kelima secara keseluruhan.

Bigetron RA yang sebelum ini berada di tempat yang ke-12 secara keseluruhan berjaya mendapat rentak perlawanan sekaligus berjaya mengutip 12 maat bunuh bagi pusingan Miramar tersebut.

Selepas dua pusingan yang kurang memberangsangkan, pasukan Bigetron RA berjaya mengumpul mata-mata berharga hasil daripada pemilihan lokasi yang sesuai oleh ketua dalam permainan, Made Bagas Pramudita (Zuxxy).

Zuxxy yang juga merupakan pemain terbaik pusingan (MVP) berjaya mengutip empat mata bunuh dan memainkan peranan penting dalam perlawanan di zon terakhir menentang pasukan dari negara sendiri, Aerowolf Limax.

Menurut Nizar Lugatio, pemain support Bigetron RA, pasukan mereka berjaya mengutip Chicken Dinner dengan percaturan bijak di zon terakhir, apabila kedua-dua pemain mereka; Ryzen dan Zuxxy menjaga sebarang penukaran posisi (flank) dari pihak lawan.

Dalam temubual bersama hos MissJane, Microboy turut menyifatkan kebangkitan kecil Bigetron RA adalah berkat persiapan teliti mereka di peta Miramar dan perbincangan kumpulan yang dilakukan oleh pasukan mereka sebelum permulaan permainan.

Microboy turut menjelaskan bahawa pasukannya harus mengekalkan corak permainan agresif bagi meneruskan momentum perlawanan seterusnya terus naik dalam carta keseluruhan.

“Walaupun kami sudah ada slot ke PUBG Mobile Global Championship (PMGC), kami tetap akan BarBar dan kekal agresif.

“Kami merasakan corak permainan yang selamat tidak sesuai bagi kami dan sekaligus akan mengakibatkan kami lebih pasif dan kurang mengumpul mata,” jelas Microboy.

Foto: PUBG Mobile Esports

Kini, Bigetron RA berada di tangga kelima secara keseluruhan manakala pasukan senegara mereka Aerowold berjaya memintas pasukan negara, SMG untuk berada di puncak carta keseluruhan.

Pasukan Malaysia pada masa yang sama turut melakarkan prestasi cemerlang apabila keempat-empat pasukan negara berada di kelompok enam pasukan terbaik setakat pusingan ketiga kejohanan.

Foto: PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile Esports

Tentunya, Pasukan Bigetron RA semestinya berharap agar pasukan mereka mampu menjulang piala Asia Tenggara buat pertama kalinya untuk melengkapkan rekod pencapaian pasukan jaguh dunia tersebut.

Jurulatih mereka,  Steven Valerian Danilo (S1nyo) turut memasang harapan agar pasukannya Bigetron Red Aliens mampu menjulang piala PMPL SEA Finals.

BACA: Semoga ini piala SEA pertama bagi kami”- Coach Bigetron RA

Saksikan PMPL SEA Finals secara eksklusif di Facebook Gaming dari 23 hingga 25 Oktober!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved