Connect with us

PUBG Mobile

PMPLSEA: Circle akhirnya ke pulau kecil Sanhok

Published

on

PUSINGAN Sanhok yang berlangsung pada peringkat hari pertama Weekday 2 Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Keempat (PMPL SEA S4) 2021 pada semalam banyak mengecil di bahagian ‘pulau kecil’ dan ‘pulau sederhana’ peta.

Berikut adalah laporan pemerhatian ringkas penulis:

SANHOK
Setelah tiga kali bulatan zon selamat menutupi kawasan pulau besar di ketiga-tiga pusingan peringkat Super Weekend 1, ia akhirnya mengecil di kawasan Ruins dan Camp Alpha pada malam tadi.

Dua pasukan Malaysia, Geek Fam dan Axis RedOne berjaya berada kelompok top 3 pada pusingan keempat semalam.

ERANGEL
Bulatan zon selamat mengakhiri di bahagian tengah peta dalam tiga pusingan yang dimainkan malam tadi.

Walaupun pasukan Thailand, The Infinity, tidak menunjukkan kegarangan dan dominasinya di peta terkuat mereka, dua pasukan Thailand lain, iaitu FaZe Clan dan Vampire Esports, pula menunjukkan kekuatan mereka hari ini.

Pada semalam, tiga pasukan Malaysia berjaya berada di halaman ranking Weekday 2 iaitu Axis RedOne (ranking kelima), Geek Fam (ranking ketujuh), dan 4Rivals (ranking kesembilan).

Satu lagi pasukan Malaysia, Team Secret kini berada di ambang bahaya kerana berada di ranking ke-16 di peringkat ini. Setiap pasukan yang bertanding perlu berada dalam kelompok 16 terbaik untuk mara ke peringkat Super Weekend 2 yang akan berlangsung Jummat ini.

PMPL SEA S4 peringkat liga telah bermula pada 12 Oktober lalu dan akan diadakan sehingga 31 Oktober.

Manakala peringkat Grand Final dijangka berlangsung 5-7 November nanti. Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM830,000 (AS$200,000) secara keseluruhan.

Analyst PUBG Mobile for WTM Today. Other than PUBG Mobile, I enjoy watching badminton, NBA and a lot more! 😁 Instagram: @yeetsboy_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved