Connect with us

PUBG Mobile

Isu ‘Tikam UC: “Letak je harga” – MasterRamen

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

PERSONALITI e-sukan tanah air, Firdaus Hashim (MasterRamen) mencadangkan agar pihak pembangun PUBG Mobile, Tencent Games untuk terus memaparkan tanda harga bagi mana-mana barangan dalam permainan.

Jelasnya, permainan lain seperti Game For Peace juga ada melakukan perkara yang sama.

“Seharapnya, Tencent Games boleh memaparkan harga terus. (Contohnya) M4 ICE Level 7, harga UC 200,000. Senang kerja kita.

“Sebenarnya boleh, material (barangan) Game for Peace boleh je beli terus menggunakan UC. Senjata dalam permainan masih tikam.

“Jadi, Tencent ubah je sikit. Senjata beli, material pun. Mahu atau tidak buat sahaja,” katanya kepada WTM Today.

Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan hukum melakukan proses tikaman dengan cara membuka peti-peti (crates) menggunakan duit UC yang dibeli dengan wang ringgit adalah haram.

Ia berikutan urusan itu mempunyai unsur perjudian yang dilarang dalam agama kerana mempunyai elemen zero-sum game; iaitu bergantung kepada nasib (luck) semata-mata.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP), ia juga menafikan hak pembeli untuk membeli apa yang dihajati.

“Sehubungan itu, kami menasihatkan agar para pemain yang terlibat meninggalkan perbuatan menikam barang tersebut dan bertaubat kepada Allah SWT sama ada perbuatan tersebut dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja.

“Perkara halal dan haram perlu jelas ditentukan dan unsur-unsur haram perlu disingkirkan sekiranya ada,” katanya dalam satu penjelasan dalam satu tulis di laman web pejabat Mufti WP semalam.

Selain itu, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga berkata jika UC digunakan untuk membeli barang secara terus tanpa berlaku proses tikaman, seperti duit Silver dan sebagainya, hukumnya adalah harus.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved