Connect with us

PUBG Mobile

SEA FINAL: Chicken Dinner milik Malaysia sekali lagi! SMG menang pusingan kedua

Published

on

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

PASUKAN profesional PUBG Mobile tempatan, Still Moving UnderGunfire (SMG) berjaya mendapatkan Chicken Dinner pada pusingan kedua Erangel Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA Finals) sekaligus memberikan Chicken Dinner kedua bagi Malaysia.

Pasukan SMG berjaya mengutip Chicken Dinner dengan 8 mata bunuh bagi pusingan tersebut sekaligus menempatkan diri di tempat kedua dalam carta keseluruhan dengan 31 mata.

Satu lagi pasukan Malaysia, Team Secret MY berjaya melonjak ke puncak carta keseluruhan tamat pusingan kedua dengan prestasi konsisten sepanjang dua pusingan awal.

Team Secret MY kini mempunyai 34 mata ketika ini.

Pasukan-pasukan Malaysia yang lain, Geek Fam dan Yoodo Gank masing-masing berada di tempat kelima dan keenam.

Foto: PUBG Mobile
Foto: PUBG Mobile

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Peminat boleh menonton dan memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan di Facebook Live PUBG Mobile bermula 2 petang.

4 pasukan terbaik Asia Tenggara dari kejohanan itu akan menerima jemputan dan slot ke peringkat dunia, PMGC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved