Connect with us

PUBG Mobile

SEA FINAL: Yoodo Gank buka tirai dengan Chicken Dinner

Published

on

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

JUARA bertahan Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final), Yoodo Gank, membuka tirai aksi musim kedua kejohanan itu dengan meraih Chicken Dinner pada pusingan pertama.

Menerusi kemenangan itu, Yoodo Gank juga berjaya mengumpul 8 mata bunuh secara keseluruhan.

Pasukan Yoodo Gank yang dibarisi Abdul Azim Ikromi (Draxx), Aiman Amirul (Manparang), Fuad Razali (Fredo), Izzrudin Hashim (Jumper) kini berada di tempat kedua dalam carta keseluruhan, 2 mata di belakang pasukan Filipina Iconic PH.

Pada masa yang sama, Juara Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia (PMPL MYSG) Team Secret MY kini berada di tempat keempat dengan pungutan 14 mata keseluruhan.

Dua lagi pasukan Malaysia, Geek Fam dan SMG masing-masing berada di tempat kelima dan keenam bagi pusingan pertama di Erangel.

Foto: PUBG Mobile ESpots Malaysia
Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pemain veteran pasukan Yoodo Gank, Muhammad Izzrudin Bin Hashim (Jumper) bergelar pemain terbaik pusingan pertama apabila berjaya mengutip 6 daripada 8 mata bunuh yang dikutip daripada pasukan Yoodo Gank.

Jumper juga berjaya memberi 758 kesan bunuh terhadap pihak lawan.

Pasukan Yoodo Gank yang juga merupakan juara bertahan Asia Tenggara berharap agar pasukan mereka berjaya mempertahankan gelaran pasukan terbaik Asia Tenggara tersebut dan layak ke kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

Hanya empat slot terbuka kepada pasukan-pasukan Asia Tenggara dalam misi kelayakan ke PMGC.

Saksikan pasukan Yoodo Gank dalam PMPL SEA Finals secara eksklusif di Facebook Gaming.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved