Connect with us

PUBG Mobile

ANALISIS SEA Final: Team Secret vs Aura Esports

Published

on

PERTARUNGAN awal dijangka akan berlangsung pada hari pertama Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tengara (PMPL SEA Finals) esok dengan adanya dua pasukan berbeza dijangka untuk mendarat di kawasan yang sama bagi peta Miramar.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, juara PMPL MYSG Musim Pertama dan Kedua, Team Secret MY dijangka akan mendarat di kawasan San Martin dan bakal bertembung dengan pasukan Indonesia Aura Esports.

Pemerhatian adalah berdasarkan beberapa siri perlawanan persahabatan (scrim) yang telah berlangsung dan statistik PMPL.

LIHAT: RAMALAN LOKASI DARAT WTM TODAY SEMPENA SEA FINAL MUSIM KEDUA 2020

Setakat ini, menurut beberapa pemerhatian scrim semasa, Team Secret MY kini mendahului rekod pertembungan antara Aura Esports dengan catatan kemenangan 5:2.

Team Secret MY menang dalam semua pertempuran ketika bertembung dengan Aura Esports kecuali pada 15 Oktober iaitu Acara Team Secret Pro Scrim dan Acara BeCrazy SEA Scrim pada 20 Oktober lalu.

Berikut merupakan senarai rekod pertembungan Team Secret MY terhadap Aura sepanjang Scrim Asia Tenggara:

  • Scrim Saja-Saja (6 Okt): 1-0
  • Scrim Saja-Saja (7 Okt): 1-0
  • Scrim Saja-Saja (12 Okt): 2-0
  • Team Secret Pro Scrim (15 Okt): 0-1
  • BeCrazy SEA Scrim (19 Okt): 1-0
  • BeCrazy SEA Scrim (20 Okt): 0-1

Semestinya pengalaman ketua dalam pasukan, Aekachai Areesanan (Madtoi) memainkan peranan penting dalam menguasai pertembungan dengan Aura Esports menerusi arahan-arahan kritikal yang diberikan kepada rakan sepasukan.

Madtoi yang merupakan bekas pemain pasukan Thailand, Illuminate the Murder terkenal dengan kekuasaan San Martin di pentas Asia Tenggara ketika kejohanan PUBG Mobile Club Open.

Siapakah yang bakal menjadi pemenang kota San Martin, seterusnya bergelar raja San Martin?

Saksikan hari pertama PMPL SEA Finals secara eksklusif di laman Facebook Gaming PUBG Mobile esok pada jam 2 petang!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved