Connect with us

PUBG Mobile

Six SMG akan beraksi di SEA Final

Published

on

PEMAIN profesional PUBG Mobile dari Team SMG yang baru berusia 15 tahun, Aqil Yusli disahkan akan bermain dalam Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 pada hujung minggu ini.

Perkara itu disahkan jurulatih Team SMG, Muhammad Hazwan Abd Halim (Savior) kepada WTM Today pada hari ini.

“Six akan main, sama ada pada hari Sabtu iaitu ulang tahun kelahirannya atau pada hari terakhir kejohanan.

“Ia bergantung kepada prestasi pasukan namun yang pastinya dia akan bermain,”kata Savior ketika dihubungi WTM Today.

Sebelum ini, Six direhatkan dari bermain Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua 2020 kerana syarat usia yang ditetapkan Tencent iaitu peserta perlu berusia sekurang-kurangnya 16 tahun ketika menyertai kejohanan.

Six menyertai Team SMG pada Disember 2019 yang sebelum ini dikenali sebagai BAPAK AH Esports.

Antara pencapaian Six bersama Team SMG termasuk tempat pertama PMPL MYSG Musim Pertama peringkat liga pada Mac 2020.

Selain Six, Team SMG terdiri daripada:

  • Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity)
  • Mohamad Harith Iskandar Badrul Hisham (Bard)
  • Fairul Iskandar Putra Muazamshah (Putra)
  • Muhammad Danny Irfan Bakri (Jenny)

SEA Final Musim Kedua 2020 akan bermula esok sehingga Ahad jam 2 petang dan boleh ditonton secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

Hanya empat pasukan terbaik Asia Tenggara akan dipilih untuk mara ke peringkat dunia, iaitu PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved