PUBG Mobile
PMPL SEA: Rotation Geek Fam kuat – Liquid

ADA dua pasukan musuh yang menjadi perhatian pemain Bigetron Red Aliens, Leander Deusfiel (Liquid) pada peringkat Liga PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Keempat (PMPL SEA S4) 2021 nanti iaitu The Infinity dan Geek Fam.
Liquid berkata, IGL (ketua dalam pasukan) dan tonggak utama Geek Fam, Mohd Irzam Aman Mohd Zaini (Damrude) juga wajar diberi perhatian.
“Geek Fam sangat kuat dalam hal penukaran koordinasi (rotation).
“Perkara itu dapat dibuktikan dengan kejayaan mereka apabila menjadi juara Grand Final PMPL MYSG S4 yang lalu,”kata Liquid.
Liquid berkata demikian dalam satu catatan Bigetron Esports pada semalam.
RIVALS TO BE WATCHED!
Bigetroopers!
Here are the two teams that BTR Liquid has on his radar for PMPL SEA S4 Finals!
This is Liquid’s version of Rivals’ Watch, how about you, Bigetroopers?
Got another team in mind? 👀 #PMPL #SEA pic.twitter.com/eWTx8Sobv0
— Bigetron Esports (@bigetronesports) October 10, 2021
Selain itu, dia juga berkongsikan bahawa Infinity dilihat mempunyai mutu persembahan yang menakjubkan ketika ini.
PMPL SEA S4 peringkat liga akan bermula pada 12 Oktober sehingga 31 Oktober. Manakala peringkat Grand Final dijangka berlangsung 5-7 November nanti.
Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM830,000 (AS$200,000) secara keseluruhan.
Empat wakil Malaysia yang akan bertanding dalam kejohanan ini iaitu AxisRedOne, Geek Fam, Team Secret dan 4Rivals.