Connect with us

PUBG Mobile

Emi, Soultan kembali mengulas acara rasmi PMPL

Published

on

Foto: PUBG Mobile

Dua pengulas e-sukan tanah air, Emi Mohamad (Emi) dan Fawwaz Sehaimi (Soultan) akan kembali mengulas dalam acara rasmi Liga Profesional PUBG Mobile.

Dalam satu pengumuman hari ini, PUBG Mobile Esports Malaysia berkata duo itu akan kembali beraksi dalam Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Keempat (PMPL SEA S4) 2021.

Selain itu, pihak penganjur turut mengumumkan barisan pengulas PMPL SEA S4 untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, iaitu:

  1. J Hunter
  2. ChuChu
  3. TashBunny
  4. TopCast
  5. Kyrul
  6. OTG
  7. Qontra
  8. Keith Lee
  9. Sis Jenny
  10. Sir Cloud

PMPL SEA S4 peringkat liga akan bermula pada 12 Oktober sehingga 31 Oktober. Manakala peringkat Grand Final dijangka berlangsung 5-7 November nanti.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM830,000 (AS$200,000) secara keseluruhan.

Empat wakil Malaysia yang akan bertanding dalam kejohanan ini iaitu AxisRedOne, Geek Fam, Team Secret dan 4Rivals.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved