Connect with us

PUBG Mobile

Vokey bakal jadi duri dalam daging semua pasukan SEA?

Published

on

Foto: PUBG Mobile

SETIAP pemain pasukan PUBG Mobile tanah air Axis RedOne tidak mempunyai pengalaman bermain di peringkat Asia Tenggara, melainkan IGL (ketua dalam permainan) Muhammad Imran Rosli (Vokey).

Lantaran itu, pengurus Axis RedOne, Muhammad Alif Hakimi (Hulkayaya) berkata Vokey dilihat akan cuba memberi ancaman kepada pasukan lain dengan strategi tersendiri.

“Jurulatih kami sedang mengkaji pihak lawan dengan bertungkus lumus.

“Jadi trial and error tidak akan dilakukan, kerana tiada masa. Kami akan mencuba sehabis munking dari awal permainan.

“Semua pemain kami masih mencari pengalaman, kecuali Vokey. Vokey akan menjadi duri dalam daging untuk semua pasukan dalam PMPL SEA nanti,” katanya.

Alif berkata demikian dalam satu temu bual selepas Cabutan Undian Kumpulan untuk kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Keempat (PMPL SEA S4) 2021 pada malam tadi.

Pasukan Axis RedOne kini terdiri daripada:
1. Muhammad Imran Bin Rosli (Vokey)
2. Shukri Imran Bin Sham (Heyynoob)
3. Nur Iman Ihsan Bin Abdul Halim (Kacang5usu)
4. Muhammad Daim Bin Rosli (Mica)
5. Muhammad Faris Bin Saharuddin (Faris)
6. Har Lexuan (Lexx)

Axis RedOne berjaya mara ke PMPL SEA S4 2021 selepas berjaya menggungguli carta liga PMPL MYSG (Malaysia dan Singapura) S4 yang berlangsung pada bulan lalu.

Dalam kejohanan peringkat liga PMPL SEA, Axis RedOne berada dalam Kumpulan B bersama EVOS (Indonesia), BN United (Vietnam) dan Eagle Esports (Vietnam).

Selain itu, tiga lagi pasukan Malaysia, Team Secret, 4Rivals dan Geek Fam masing-masing berada dalam kumpulan C,D, dan E.

PMPL SEA S4 peringkat liga akan bermula pada 12 Oktober sehingga 31 Oktober.

Manakala peringkat Grand Final dijangka berlangsung 5-7 November nanti.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM830,000 (AS$200,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved