Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: 12 lagi peluang untuk pasukan Malaysia bangkit

Published

on

HARI pertama Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021 menyaksikan skuad tanah air berada di halaman kedua ranking keseluruhan ketika ini.

Berikut adalah kedudukan pasukan-pasukan Malaysia selepas enam pusingan berlangsung semalam:
Geem Fam – Ranking ke-9
Dingoz MPX – Ranking ke-11
RSG – Ranking ke-15

Geek Fam kini mempunyai 38 mata, Dingoz MPX 37 mata dan RSG 22 mata setakat ini.

Sementara itu, skuad Indonesia dilihat sedang mendominasi ranking teratas SEA Final S3 apabila dua pasukannya Aura Esports dan EVOS Reborn masing-masing berada di kedudukan pertama dan kedua.

https://www.instagram.com/p/CPJCNF8paxd/

Aura Esports yang tampil cemerlang dengan kutipan dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) semalam mempunyai 83 mata ketika ini.

Manakala EVOS Reborn yang mempunyai kutipan mata bunuh (kills) tertinggi iaitu 37 mata kekurangan enam mata sahaja dengan rakan senegara, Aura Esports.

Hari pertama SEA Final juga menyaksikan pesaing peringkat Wild Card, Orange Play, menunjukkan satu persaingan yang hebat dengan corak permainan yang berhati-hati dan tidak agresif.

Pasukan itu berada di ranking ketiga dengan catatan 68 mata, dengan kutipan satu WWCD di Miramar.

Rakan senegara Orange Play dari Kemboja, Join Me Yellow turut berjaya mengutip WWCD di peta yang sama.

Berikut adalah keputusan WWCD hari pertama SEA Final S3 2021:
Pusingan 1 – Sanhok – Aura Esports 🇮🇩
Pusingan 2 – Miramar – Orange Esports🇰🇭
Pusingan 3 – Erangel – The Infinity🇹🇭
Pusingan 4 – Sanhok – Infinity IQ 🇻🇳
Pusingan 5 – Miramar – Join Me 🇰🇭
Pusingan 6 – Erangel – Aura Esports 🇮🇩

SEA Final S3 2021 yang melibatkan persaingan 16 pasukan PUBG Mobile terbaik Asia Tenggara berlangsung pada 21-23 Mei jam bermula 5.30 petang.

Ia boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM628,000 (AS$150,000) secara keseluruhan dan dua slot ke SEA Final Musim Keempat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved