Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: Ryzen semakin pulih

Published

on

Keadaan pemain profesional PUBG Mobile dari Bigetron Red Aliens, Muhammad Albi (Ryzen) dilaporkan semakin sihat.

Menurut pengurus Bigetron Red Aliens Isfan Satria Wijaya, Ryzen sudah bersama rakan-rakan sepasukannya sejak semalam dan bersedia untuk menghadapi Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3).

“Dia semakin sembuh, tidak terlalu teruk seperti apa yang digembar-gemburkan dalam media sosial.

“Dia berasa tidak sihat dan mengalami sedikit demam. Dia sah tiada COVID-19, cuma sedikit letih,” kata Isfan kepada WTM Today semalam.

Ryzen dan Bigetron RA kini dalam mempertahankan kejuaraan SEA Final.

SEA Final S3 2021 juga akan menampilkan tiga wakil negara, Dingoz MPX, RSG dan Geek Fam MY.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM628,000 (AS$150,000) secara keseluruhan dan dua slot ke SEA Final Musim Keempat.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved