Connect with us

PUBG Mobile

Ramalan dropspot SEA Final S3 2021

Published

on

BERIKUT merupakan ramalan lokasi mendarat (dropspot ) bagi Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021:

ERANGEL
Kota Rozhok dijangka akan menjadi fokus utama kerana ia dilihat menjadi medan pertarungan Dingoz MPX dan pasukan Thailand, Valdus the Murder dalam latihan perlawanan persahabatan (scrim) baru-baru ini.

Sekiranya Dingoz MPX ingin berundur, pasukan itu boleh memilih kawasan Yasnaya Polyana yang menjadi taruhan mereka ketika kejohanan PEI 2021 bulan lalu.

MIRAMAR
Persoalan utama yang bakal timbul adalah siapa yang bakal menawan Pecado? Setakat scrim pada Khamis lalu, kedua-dua pasukan, Bigetron RA (Indonesia) dan Faze Clan (Thailand masih enggan melepasukan kawasan panas itu.

Adakah kota Pecado akan terus berdarah di pusingan pertama Miramar nanti?

SANHOK
Terdapat perubahan ketara dari segi lokasi mendarat pasukan Malaysia.

Pasukan Dingoz MPX dilihat memilih untuk mendarat di kawasan Camp Alpha manakala Geek Fam memilih untuk ke rumah perkampungan air (Rumah-L).

Berikutan keputusan perpindahan ke kepulauan Barat Laut peta, WTM Today menjangkakan prestasi yang cemerlang daripada kedua-dua pasukan negara di atas sekiranya zon bulatan selamat Sanhok berakhir di kepulauan Camp Alpha.

Pada masa yang sama, pasukan gergasi Thailand Faze Clan dilihat telah bertukar lokasi mendaratke kota Camp Charlie setelah akhirnya mengalah kepada Bigetron RA di Bootcamp.

SEA Final S3 2021 akan berlangsung pada 21-23 Mei jam 5.30 petang dan boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Kejohanan yang melibatkan 16 pasukan PUBG Mobile terbaik Asia Tenggara itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM628,000 (AS$150,000) secara keseluruhan dan dua slot ke SEA Final Musim Keempat.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved