Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: Bawa pulang piala kembali ke Malaysia – Menteri KBS

Published

on

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Reezal Merican Naina Merican mengucapkan selamat maju jaya kepada tiga pasukan PUBG Mobile Tanah air, Dingoz MPX, RSG dan Geek Fam yang bakal menyertai Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021 pada petang nanti.

Reezal berkata dia berharap pasukan-pasukan itu berjaya membawa pulang piala kejohanan SEA Final kembali ke Malaysia.

“Tahniah kepada tiga pasukan yang mewakili Malaysia di SEA Final S3 2021 yang berlangsung hari ini.

“Selamat berjaya saya ucapkan kepada Dingoz, RSG dan Geek Fam.

“Saya doakan kejayaan mereka dan berharap mereka akan berjaya untuk membawa pulang piala kejohanan kembali ke Malaysia!” kata Reezal dalam satu kenyataan hari ini.

SEA Final S3 2021 akan menampilkan tiga wakil negara, Dingoz MPX, RSG dan Geek Fam MY bersaing untuk menjadi yang terbaik di rantau ini.

Pada musim pertama SEA Final 2020, Malaysia pernah menjuarai kejohanan itu menerusi kejayaan pasukan popular tanah air, Yoodo Gank pada tahun lalu.

BACA: PMPL SEA Final: Malaysia terbaik di Asia Tenggara, Yoodo Gank cipta sejarah

Menerusi kejohanan SEA Final S1 2020 itu, Yoodo Gank membawa pulang wang tunai kira-kira RM174,000 (AS$40,500) secara keseluruhan.

SEA Final S3 2021 akan membuka tirai pada jam 5.30 petang nanti dan boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM628,000 (AS$150,000) secara keseluruhan dan dua slot ke SEA Final Musim Keempat.

Jangan lupa untuk menyokong wakil negara yang akan membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved