Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: Adakah dropspot pasukan Malaysia selamat dari pasukan luar?

Published

on

KEJOHANAN Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021 akan menampilkan tiga wakil negara, Dingoz MPX, RSG dan Geek Fam MY yang akan bersaing untuk dua slot automatik ke SEA Final musim berikutnya.

Pemilihan lokasi mendarat (dropspot) sememangnya SATU keputusan penting untuk memastikan pasukan tidak terkeluar awal dari pusingan dan untuk menyiapkan diri sebelum fasa pertempuran bermula.

Berikut merupakan ramalan lokasi mendarat WTM Today untuk tiga wakil negara, Dingoz MPX, RSG dan Geek Fam MY di SEA Final nanti.

Erangel

Ramalan lokasi mendarat Erangel; RSG, Dingoz, Feek Fam

Bagi peta Erangel, kota Rozhok dijangka akan menjadi fokus utama kerana ia dilihat menjadi medan pertarungan Dingoz MPX dan pasukan Thailand, Valdus the Murder dalam latihan perlawanan persahabatan (scrim) baru-baru ini.

Satu lagi pasukan Malaysia, Geek Fam dilihat akan menghadapi tentangan daripada pasukan Indonesia, Livescape sekiranya memutuskan untuk mendarat di kawasan Shelter.

Pada masa yang sama, juara liga PMPL MYSG, RSG, dilihat akan menukarkan lokasi mendarat ke kawasan School setelah menerima tentangan daripada pasukan-pasukan Vietnam, Eagle Esports dan Infinity IQ dalam scrim baru-baru ini.

Miramar

Bagi peta Miramar pula, dua wakil negara, RSG dan Dingoz MPX dilihat tidak mempunyai sebarang halangan untuk melakukan looting pada fasa-fasa awal pusingan.

Hal ini berikutan tidak mempunyai sebarang tentangan dari pasukan-pasukan luar di bahagian Cruz da Valle bagi Dingoz dan Minas Generales bagi RSG.

Namun demikian, nasib yang tidak begitu baik bagi satu lagi wakil negara, Geek Fam yang berpotensi untuk dicabar oleh pasukan Vietnam, HocVienNamBlue (HVNB) di daerah El Pozo.

Meskipun begitu, pasukan Geek Fam dilihat mempunyai lokasi mendarat alternatif, iaitu di sekitar kawasan Power Grid sekirany perlu untuk mundur dari kawasan El Pozo.

Sanhok

Akhir sekali bagi peta Sanhok, perubahan ketara yang boleh dilhat merupakan pertukaran lokasi mendarat oleh dua pasukan Malaysia, Geek Fam dan Dingoz MPX bagi persiapan menjelang SEA Final.

Pemilihan untuk mendarat di kawasan Camp Alpha oleh pasukan Dingoz MPX adalah untuk mengelakkan sebarang pertembungan awal menentang Valdus the Murder di Paradise Resort.

Sebelum ini pasukan Dingoz MPX telah memutuskan untuk mendarat di kawasan Paradise Resort sepanjang Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG) yang diadakan pada bulan April.

Manakala pasukan Geek Fam dilihat akan melakukan split looting di kawasan pinggiran air, atau lebih dikenali sebagai “Rumah-L” dan perkampungan kepulauan Barat.

Strategi “scrap looting” di kawasan pinggiran air ini dipopularkan oleh bekas juara Asia Tenggara, Yoodo Gank dan akan diadaptasikan oleh pasukan Geek Fam menjelang SEA Final nanti.

Berikutan keputusan perpindahan ke kepulauan Barat Laut peta, WTM Today menjangkakan prestasi yang cemerlang daripada kedua-dua pasukan negara di atas sekiranya zon bulatan selamat Sanhok berakhir di kepulauan Camp Alpha.

Contoh “split looting” yang dilakukan oleh Geek Fam di Rumah-L dan kawasan perkampungan

Manakala bagi pasukan RSG, jurulatih Churchill Ensir (ChillRex) dilihat akan menggunakan strategi yang sama yang dilakukan ketika PMPL MYSG iaitu strategi “Scrap Looting” di  bahagian Timur pinggiran jambatan Ha Tinh untuk mendapat loot yang mencukupi.

SEA Final S3 2021 akan membuka tirai pada jam 5.30 petang nanti dan boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM628,000 (AS$150,000) secara keseluruhan dan dua slot secara automatik ke SEA Final musim berikutnya.

Jangan lupa untuk menyokong wakil negara yang akan membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved