Connect with us

PUBG Mobile

4 slot PMNC untuk ke PMPL S4

Published

on

EMPAT slot akan diberikan kepada pasukan-pasukan terbaik di peringkat Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan (PMNC) 2021 untuk mara ke Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4).

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, penganjur berkata empat pasukan teratas pada peringkat Grand Final PMNC akan menerima slot ke peringkat PMPL MYSG S4 manakala tempat kelima sehingga ke-10 akan menerima peluang sebagai pasukan Wild Card di Grand Final Perlawanan Kelayakan ke liga profesional.

PMNC 2021 akan bermula pada 1 Jun sehingga 18 Julai nanti dan menawarkan hadiah tunai sebanyak RM100,000.

Pendaftaran bagi kejohanan itu telah pun dibuka sejak 16 Mei lalu di laman rasmi PMNC.

Peringkat kelayakan PMNC dibahagikan kepada 4 zon yang berbeza iaitu Zon Erangel, Zon Sanhok,
Zon Miramar, dan Zon Karakin.

Zon Erangel – Sabah, Sarawak, Kelantan
Zon Miramar – Perak, Penang, Perlis, Kedah
Zon Karakin – Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor
Zon Sanhok – Terengganu, Pahang, Johor, Melaka

Kejohanan itu juga mempunyai tiga kategori iaitu Skuad, Solo, dan Wanita.

Pasukan dan pemain yang layak dari kategori Skuad dan Solo akan mara ke Final Zon dan akan bertarung untuk mendapatkan slot mereka ke Grand Final.

Pada peringkat Grand Final akat melibatkan 16 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan dari kategori Skuad dan empat lagi dari kateogri Solo.

16 pemain dari kategori Solo akan membentuk pasukan sendiri di peringkat ini.

Sementara itu perlawanan bagi kategori wanita tidak akan menerima slot ke peringkat Grand Final PMNC atau ke PMPL MYSG S4.

Kejohanan PMNC 2021 turut mendapat kerjasama daripada syarikat telko Yoodo dan syarikat teknologi, Xiaomi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved