Connect with us

PUBG Mobile

PEL: NOVA Esports ranking pertama, Weibo Gaming bawa pulang RM639,000

Published

on

Foto: Weibo/NOVA Esports

TARING jaguh dunia, Nova Esports, belum lagi tumpul apabila mendahului ranking Liga Peacekeeper Elite Musim Kedua (PEL S2) 2021 ketika ini.

Pasukan itu kini berada di ranking pertama dengan 36 mata.

Pada hujung minggu lalu, NOVA Esports berjaya mengutip dua Chicken Dinner (WWCD) berturut-turut di Erangel.

Sementara itu, satu lagi jaguh China, Weibo Gaming (WBG) pula, membawa pulang wang tunai kira-kira RM639,000 (1 juta Yuan) setelah menjadi juara untuk Weekly Final 2, PEL S2 2021.

Pasukan itu menunjukan corak permainan yang cemerlang dalam kedua-dua pusingan yang berlangsung di Miramar dan berjaya mendapatkan WWCD di pusingan ke-6, Weekly Final 2, PEL S2.

Pada minggu kedua PEL S2, Anugerah Pemain yang Mengutip Mata bunuh Terbanyak (most kills) diberikan kepada pemain WBG, Run Ma (Leader), manakala Anugerah pemain terbaik (MVP) untuk minggu ke-2 diberikan kepada pemain Royal Never Give up (RNG), Xu Zhouhang (77H).

Keputusan WWCD Weekly Final 2:

  • Map 1 – Miramar – JD Esports
  • Map 2 – Miramar – Six Two Eight
  • Map 3 – Sanhok – Weibo Gaming
  • Map 4 – Erangel – Titan Esports Club
  • Map 5 – Erangel – Tong Jia Bao Esports
  • Map 6 – Miramar – Weibo Gaming
  • Map 7 – Miramar – JD Esports
  • Map 8 – Sanhok – Six Two Eight
  • Map 9 – Erangel – Nova Esports
  • Map 10 – Erangel – Nova Esports

Mengenai sistem permakahan PEL S2 2021:

PEL S2 terbahagi kepada empat saringan iaitu League Day, Elimination Day, (Hari Penyingkiran) Weekly Final & Grand Final:

League Day (Khamis)
– 5 pusingan
– 15 pasukan yang bermain pada Weekly Final pada minggu lepas akan berlawan antara satu sama lain
– Top 5 terus layak ke peringkat Weekly Final
– Baki 10 pasukan bermain di Elimination Day

Elimination Day (Jumaat)
– 5 pusingan
– Baki 10 pasukan League Day akan bermain dengan 5 pasukan tercorot hari ke-2 Weekly Final
– Top 10 akan layak ke Weekly Final

Weekly Final (Sabtu & Ahad)
– 10 pusingan
– Setiap pasukan akan membawa pulang mata sebanyak 1-25 bergantung kepada ranking keseluruhan

• Grand Final
– Top 15 pasukan yang mempunyai mata terkumpul paling banyak di Weekly Final layak ke Grand Final

PEL akan kembali pada peringkat League Day 3 pada Khamis depan. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM9.6juta (15 juta yuan) pada musim kali ini.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved