Connect with us

PUBG Mobile

Vokey raih lebih 1 juta pengikut di Facebook

Published

on

Foto: RSG

PEMAIN profesional PUBG Mobile Muhammad Imran Rosli, (Vokey) kini mempunyai lebih satu juta pengikut di Facebook Gaming.

Vokey berjaya mencatat rekod tersendiri itu pada awal pagi tadi.

Setakat ini, Vokey mempunyai lebih dua juta pengikut secara total termasuk satu juta di Facebook, 540,000 di TikTok dan 641,000 di Instagram.

Perjalanan Vokey sebagai penghibur penstriman langsung memang tidak mudah.

Kira-kira tiga tahun yang lalu, apabila sedang menuntut pengajian matrikulasi bagi kursus kejuruteraan, Vokey diperkenalkan rakan-rakannya satu permainan mudah alih yang kini menjadi kegilaan anak muda, PUBG Mobile.

Vokey juga mula mengambil tahu mengenai pemain-pemain PUBG Mobile yang melakukan penstriman langsung seperti Ironpro, Trixnity dan Mr Kutat.

Sejak itu, Vokey cuba mengatur perjalanan hidupnya untuk menjadi pemain dan penghibur pengstriman langsung (streamer) PUBG Mobile.

BACA: Dari live di McD sehingga ke gaming house

Vokey juga seorang pemain profesional yang mempunyai potensi yang tinggi.

Selepas tiga musim bermain di peringkat tempatan, Vokey akhirnya berjaya bakal mewakili Malaysia bersama pasukannya RSG untuk bersaing di kejohanan Final Liga Profesional Asia Tenggara Musim Ketiga (PMPL S3) 2021.

Kejohanan itu akan berlangsung pada 21-23 Mei nanti dan akan disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved