Connect with us

PUBG Mobile

Lineup Team Secret mana paling efektif setakat ini?

Published

on

ENAM pemain berkaliber, namun hanya empat slot sahaja diberikan untuk bermain setiap pusingan.

Apakah keputusan paling wajar yang patut dilakukan oleh Team Secret MY dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) kali ini?

Dengan kemasukan dua pemain baru iaitu Fuad Razali (Fredo) dan Izzrudin Hashim (Jumper) dan penganalisis Lim Jarn Jiang (Y2K) dalam barisan pasukan Secret MY,  para peminat PUBG Mobile tempatan tertanya-tanya adakah sistem penggiliran pemain yang dilakukan oleh juara bertahan itu benar-benar efektif?

Dalam satu temu bual penstriman langsung PMPL MYSG S3, jurulatih pasukan Secret MY, Azizan Hasnor (Seraveem) berkata pihaknya mahu melakukan sistem penggiliran pemain secara adil.

Foto: PUBG Mobile Malaysia

Seeraveem turut mengulangi kenyataan yang sama dalam satu penstriman langsung di Facebook.

“Semua pemain akan bermain dalam jumlah pusingan yang lebih kurang sama.

“Seperti mana yang anda melihat bagaimana kami melakukan pertukaran pemain dalam setiap pusingan PMPL, itulah contoh cara kami menggunakan penggiliran pemain kami.

“Kami mahu membuat penggiliran secara sama rata supaya semua pemain dapat bermain,” tambah Seraveem dalam satu siaran langsung ringkas melalui lamannya, Seraveem.

Sepanjang 10 hari kejohanan dipertandingkan, pasukan Team Secret MY telah menggunakan lapan kombinasi barisan pemain yang berbeza.

Berikut merupakan kombinasi pemain Team Secret MY sepanjang liga dilaksanakan dan bilangan kemenangan Chicken Dinner (WWCD) yang berjaya dikumpul mengikut lineup setakat ini:

  • uHigh, iShotz, Jumper, Madtoi: 2 WWCD
  • uHigh, Fredo, Jumper, iShotz: 2 WWCD
  • uHigh, Fredo, Jumper, Madtoi: 1 WWCD
  • uHigh, Fredo, iShotz, Madtoi: 1 WWCD
  • iShotz, Fredo, Jumper, Madtoi: 0 WWCD
  • Y2k, Fredo Shotz Jumper: 0 WWCD
  • Y2k, Fredo Uhigh Madtoi: 0 WWCD
  • Y2K, Madtoi Jumper Uhigh: 0 WWCD

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, kombinasi pemain yang paling kerap digunakan oleh Seraveem setakat ini adalah kombinasi uHigh, Fredo, Jumper dan Madtoi, dengan iShotz direhatkan.

Kombinasi barisan pemain ini memainkan hampir 40% daripada pusingan PMPL setakat ini, iaitu 17 daripada 48 pusingan yang dimainkan Team Secret setakat ini.

Pada masa yang sama, dari segi statistik, barisan pemain yang paling efisien setakat ini merupakan kombinasi (uHigh, Fredo, Jumper, iShotz) yang rata-rata mencatatkan 15 mata setiap pusingan, dengan enam pusingan yang dimainkan.

Berikut merupakan purata mata bagi setiap kombinasi pemain Team Secret MY;

  • uHigh, Fredo, Jumper, iShotz (6 pusingan): 15 mata
  • uHigh, Fredo, iShotz, Madtoi (5 pusingan): 13.2 mata
  • uHigh, Fredo, Jumper, Madtoi (17 pusingan) : 6.25 mata
  • iShotz, Fredo, Jumper, Madtoi (9 pusingan) : 2.89mata
  • uHigh, iShotz, Jumper, Madtoi (8 pusingan): 10.89 mata
  • Y2k, Fredo Uhigh Madtoi (1 pusingan): 20 mata
  • Y2k, Fredo Shotz Jumper (1 pusingan): 17 mata
  • Y2K, Madtoi Jumper Uhigh (1 Pusingan): 0 mata

Selain itu, dalam satu temubual pada peringkat Super Weekend minggu kedua, Seraveem turut menegaskan bahawa momentum pasukan bergantung pada strateginya.

“Sekiranya pasukan kami TooSoon, semua salahnya akan datang daripada saya, tetapi sekiranya pemain menunjukkan prestasi cemerlang, kredit harus diberikan kepada mereka,” kata Seraveem.

Pasukan Team Secret MY kini menduduki tangga kelima kejohanan dengan 192 mata.

Pasukan Team Secret MY juga berjaya mengutip 91 mata bunuh terhadap pihak lawan setakat ini.

Hanya berbaki satu minggu sahaja lagi, mampukah juara bertahan Team Secret mampu memintas rakan El Classico Yoodo Gank yang kini di kedudukan teratas carta liga?

Team Secret juga tidak boleh melupakan beberapa pasukan yang semakin menghampirnya seperti Team Whales yang berada di kedudukan keenam.

Whales Esports berjaya mendapatkan 118 mata pada minggu ini berbanding Team Secret, 91 mata.

PMPL MYSG S3 telah bermula pada 24 Mac lalu dan akan berlangsung sehingga 25 April nanti. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Anda boleh saksikan kejohanan liga PMPL MYSG secara langsung di laman Youtube, WeTV dan Facebook Gaming.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved