Connect with us

PUBG Mobile

TIADA LAGI RAHSIA, FREDO, JUMPER SERTAI TEAM SECRET

Published

on

Setelah lama bersidai.

PEMAIN profesional e-sukan tanah air, Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Izzrudin Hashim (Jumper) sah menyertai skuad PUBG Mobile nombor 1 Malaysia, Team Secret.

Perkara itu diumumkan Team Secret seketika tadi di platform rasmi media sosialnya.

“Inilah detiknya. Tiada lagi mengacah.

“Kami dengan bangganya ingin memperkenalkan barisan utama kami dalam PMPL yang akan datang,” kata Team Secret dalam satu kenyataan.

Sebelum menyertai Team Secret, Fredo dan Jumper pernah memenangi Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama ketika berkhidmat dengan Yoodo Gank.

Duo itu juga pernah mewakilI Malaysia dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim Zero bahagian Timur.

Sebelum menyertai Yoodo Gank, Fredo dan Jumper pernah berada dalam satu pasukan yang sama yang dinamakan sebagai Belacan Gaming.

Sementara itu, Team Secret turut mengumumkan bekas pemain kompetitif PUBG, Azizan Mansor (Seraveem) dan bekas pemain PUBG Mobile Resurgence, Jay Lim Jarn Jiang (Y2K)  akan menyertai skuad itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved