Connect with us

PUBG Mobile

Y2K jadi analyst, Seraveem jadi coach

Published

on

KUALA LUMPUR – BELUM padam lagi impian Jay Lim Jarn Jiang (Y2K) dalam arena e-sukan apabila dia kini bertindak sebagai penganalisis dalam skuad PUBG Mobile nombor satu negara, Team Secret.

Y2K yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada barisan utama pasukan PUBG Mobile Resurgence akan menggalas tanggungjawab baharu itu mulai hari ini.

Dalam satu pengumuman Team Secret hari ini, difahamkan Y2K akan bekerja seiring dengan bekas pemain kompetitif PUBG, Azizan Mansor (Seraveem) yang akan bertindak sebagai jurulatih pasukan itu.

Seraveem merupakan bekas pemain PUBG dari pasukan The Face Gaming.

Sebelum berehat dari arena kompetitif, Seraveem sempat bekerja sepenuh masa sebagai pereka web.

Antara kejohanan yang pernah disertai Seraveem termasuklah PUBG Australia Invitational ZIMO 2018, ZOTAC Lan Party 2017 PUBG Event dan Cooler Master Regional Circle of Champion.

Sementara itu, Team Secret turut mengumumkan kemasukan Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Izzrudin Hashim (Jumper) ke pasukan itu secara rasmi mulai hari ini. 

Fredo dan Jumper akan bermain bersama Raymond Tan (iSh0tz), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dan Aekachai Areesanan (Madtoi) dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) pada musim kali ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved