Connect with us

PUBG Mobile

R2K akan terima penaja baru

Published

on

JUARA Kejohanan Terbuka PUBG Mobile (PMCO) Musim Bunga Malaysia 2021, R2K, akan menerima penaja baharu menjelang Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Ketiga nanti.

Menurut pengasas Team Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood), pasukan itu ada melakukan perbincangan dengan pihaknya sebelum ini mengenai permohonan penajaan.

“Selepas tamat PMPL Musim Kedua, R2K ada memaklumkan yang pasukan mereka tidak lagi bersama organisasi lama (Damansara Esports).

“Mereka mencari saya untuk bernaung di bawah platform saya. 

“Kebetulan, saya mempunyai rakan kongsi untuk mencari pasukan yang ditaja,” kata Daddyhood dalam satu temu bual eksklusif bersama WTM Today semalam. 

Daddyhood berkata, rakan kongsi yang dimaksudkannya adalah Farouk Hashim iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Al Ikhlas Gadget.

Jelas Daddyhood, Farouk dan pihak Al Ikhlas Gadget pernah membantu Team Bosskurr pada awal penubuhan organisasi e-sukan itu.

“Farouk memang masuk industri e-sukan untuk membantu komuniti. 

“Dia pernah membantu kami (Team Bosskurr) dan dia akan membantu R2K.

“Pihak Farouk akan menyediakan fasiliti dan gaji yang diperlukan pemain-pemain R2K untuk maju ke peringkat seterusnya,” tambah Daddyhood.

Berdasarkan penyertaan di PMCO, berikut adalah barisan pemain R2K ketika ini:

  • Mosleh Subairi (Mosgoku)
  • Kyan Goh (Vexz )
  • Ahmad Aiman (Echong)
  • Nur Syafiq Putra (NSP)
  • Muhammad Haziq (ZYKZ)

Selaku juara PMCO baru-baru ini, R2K telah menerima slot ke PMPL MYSG Musim Ketiga secara mutlak.

Menerusi kemenangan di PMCO itu juga R2K telah membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM16,000 (AS$4,000).

R2K sebelum ini bernaung di bawah organisasi Damansara Esports pada PMPL MUSG Musim Kedua dan meraih tempat ketujuh.

Pada musim pertama liga profesional itu, R2K yang bermula di peringkat kelayakan berjaya berada dalam kelompok lima terbaik.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved