Connect with us

PUBG Mobile

Todak nafi beli slot PMPL

Published

on

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan tanah air, Todak, menafikan ura-ura yang menyatakan pihaknya telah membeli slot untuk menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) yang akan datang.

Menurut Todak, pihaknya telah mendapatkan hak pemilikan penuh terhadap salah satu pasukan yang menerima jemputan terus ke liga itu, iaitu TRX Elementus.

“Berikutan pencapaian skuad PUBG Mobile Todak yang tidak memuaskan, pihak pengurusan telah membubarkan skuad itu pada 19 Februari yang lalu.

“Namun kami masih mempunyai keinginan kuat untuk berada dalam e-sukan PUBG Mobile. Jadi kami telah membuat keputusan untuk mencari pasukan yang layak bernaung di bawah jenama Todak.

“Selepas melakukan penelitian terperinci, kami mendapati TRX Elementus adalah pasukan yang sesuai dan kami telah mendapatkan hak pemilikan penuh pasukan itu,” kata Todak dalam satu kenyataan pada tengah hari tadi.

Jelas Todak, barisan pemain terbaharu dari pasukan itu adalah Janick, ChocoJr, Ginboy dan Kid.

Todak berkata keputusan untuk merekrut semula Kid ke dalam skuad itu adalah berikutan prestasi dan disiplin yang ada pada pemain itu sepanjang bersama organisasi itu.

Todak sebelum ini tidak melepasi kelayakan ke peringkat liga PMPL MYSG SG Musim Ketiga 2021 manakala TRX Elementus yang berada di ranking ke-14 pada musim lalu telah menerima jemputan terus.

Pemilikan Todak terhadap TRX Elementus itu membenarkan Todak untuk bermain di peringkat liga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved