Connect with us

PUBG Mobile

Format dan keputusan undian Kumpulan PMPL MYSG S3

Published

on

KUALA LUMPUR – Penganjur Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021 baharu sahaja mengumumkan undian peringkat kumpulan.

Berikut adalah keputusan undian yang di lakukan di Orange Esports Club, Quill City Mall hari ini:

Foto: PUBG Mobile Esports

Kumpulan A
Geek Fam, JP NSEA, Todak, Damansara Flash Vision

Kumpulan B

Team SMG, IphoneWanted LX, Team Bosskurr, Dingoz MPX

Kumpulan C

Team Secret, EVOS VIP, J8, Al Ikhlas R2k

Kumpulan D

Yoodo Gank, Dr Taugeh Ayam Esports, HomeBois, NED

Kumpulan E

Whales, RSG, Anti-Circle, TRX Legend

Selain itu, pihak penganjur turut mengumumkan bahawa kejohanan PMPL MYSG S3 pada kali ini akan dilangsungkan secara atas talian sepenuhnya dan akan menggunakan format pertandingan yang sama seperti kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

16 pasukan terbaik daripada peringkat hari minggu (Weekday) akan layak ke peringkat Super Weekend yang akan diadakan pada hujung minggu bagi mengutip mata kelayakan ke peringkat akhir.

Foto: PUBG Mobile Esports

PMPL MYSG S3 menawarkan hadiah terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000) dan akan berlangsung pada 24 Mac nanti.

Orang ramai boleh menyaksikan pertarungan 20 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura itu di Facebook dan YouTube PUBG Mobile serta aplikasi WeTV.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved