Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Group C paling keras?

Published

on

Tidak menghairankan apabila pemain-pemain profesional memilih Kumpulan C sebagai kumpulan yang paling digeruni dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021 akan datang kerana ia terdiri daripada kumpulan yang berpengalaman sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Kumpulan C terdiri daripada juara bertahan Team Secret, pasukan berpengalaman EVOS VIP , bekas peserta PMPL SEA, J8 Esports dan pemenang peringkat PMCO Al Ikhlas R2K.

Situasi itu menjadikan PMPL kali ini merupakan kemunculan kali ketiga bagi kesemua pasukan yang berada di kumpulan C itu untuk berada dalam kumpulan yang sama.

Foto asal: PUBG Mobile Esports Malaysia

Tiga daripada pasukan kumpulan C, EVOS VIP, Team Secret dan J8 pernah mengukir sejarah tersendiri di pentas antarabangsa dengan penyertaan kejohanan PMCO Musim Luruh Asia Tenggara yang diadakan di Shanghai, China dua tahun lalu.

Satu lagi pasukan, Al Ikhlas R2k berjaya menunjukkan bahawa mereka sememangnya layak untuk bertanding di peringkat kebangsaan selepas berjaya menjuarai kejohanan kelayakan PMPL, PMCO Musim Bunga MYSG pada 21 Februari lalu.

Dalam satu sesi perbincangan pembahagian kumpulan bersama hos Azrul Anwar (JHunter), tetamu-tetamu jemputan yang hadir berkongsi pendapat mereka mengenai pembahagian kumpulan.

Rata-rata semua tetamu jemputan yang terdiri daripada pemain dan jurulatih pasukan bersetuju bahawa kumpulan C merupakan pasukan yang paling digeruni.

Foto: PUBG Mobile Esports

“Pada pendapat saya, kumpulan paling susah adalah group C”

aiman amirul (manparang)- yoodo gank

“Semua pasukan telah berlatih dengan keras untuk mencapai misi tersendiri”

azizan hasnor (seraveem)- team secret

“Sama juga, bagi saya team C paling “keras”, sebab semua pasukan berpengalaman”

hARITH ISKANDAR (bard)- SMG

“Lineup Kumpulan C “keras” dan akan memberi saingan kuat”

AHMAD SYAFIQ (qb)- geek fam

Berikut merupakan keputusan kumpulan C bagi dua musim sebelum ini:

PMPL MYSG S1

  • Team Secret: #1
  • Bigetron Arov (J8 Esports): #3
  • Last Survivor R2k (Al Ikhlas R2K): #4
  • EVOS VIP: #14

PMPL MYSG S2

  • Team Secret #1
  • Damansara Esports #11
  • EVOS VIP #13
  • J8 Esports #15

Pada masa yang sama, kumpulan lain diihat dibagikan secara sama rata dari segi kekuatan pasukan.

PMPL MYSG S3 menawarkan hadiah terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000) dan akan berlangsung pada 24 Mac nanti.

Anda boleh menyaksikan pertarungan 20 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura itu di Facebook dan YouTube PUBG Mobile serta aplikasi WeTV.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved