Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MYSG kali ini ada server sendiri, elak insiden rematch

Published

on

KUALA LUMPUR – Pihak pembangun PUBG Mobile, Tencent akan menggunakan teknologi terbaharu dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) nanti.

Pengurus E-sukan Tencent di Malaysia, Alex Siu Hou, berkata teknologi itu menggunakan pelayan (server) terbaharu sempena penganjuran liga itu.

“Teknologi itu adalah untuk mengelak insiden pelawanan semula (rematch) dilakukan.

“Pelayan itu memang khas digunakan untuk pemain-pemain yang menyertai PMPL MYSG S3 nanti terutama apabila ia juga disertai pemain-pemain luar dari Vietnam dan Thailand,” kata Alex.

BACA: Format dan keputusan undian Kumpulan PMPL MYSG S3

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis pelancaran liga itu di Orange Esports Club, Quill City Mall, di sini pada semalam.

PMPL MYSG S3 menampilkan 20 pasukan terbaik PUBG Mobile bertanding untuk mendapatkan slot ke peringkat Asia Tenggara.

Ia turut disertai pemain-pemain import seperti ChocoJr dari Vietnam (Todak) dan Madtoi (Team Secret MY).

Mengulas mengenai format terbaharu liga, Alex menyifatkan ia bakal menjadikan liga itu lebih kompetitif berbanding musim sebelum ini.

“Format itu akan menyaksikan yang terbaik sahaja akan melayakkan diri.

“Ia akan menjadi lebih kompetitif,” kata Alex.

Format PMPL MYSG S3 menyaksikan hanya 16 pasukan terbaik daripada peringkat hari minggu (Weekday) akan melayakkan diri ke peringkat Super Weekend yang akan diadakan pada hujung minggu bagi mengutip mata kelayakan ke peringkat akhir.

Ia akan berlangsung setiap Rabu, Khamis, Jumaat untuk peringkat Weekday dan Sabtu serta Ahad untuk peringkat Super Weekend bermula 24 mac nanti.

PMPL MYSG S3 menawarkan hadiah terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Orang ramai boleh menyaksikan pertarungan 20 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura itu di Facebook dan YouTube PUBG Mobile serta aplikasi WeTV.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved