Connect with us

PUBG Mobile

EVOS VIP perlu terus mengaum, bukan mengiau

Published

on

Foto:YouTube / EVOS SG MY

Third Time’s the Charm?

APABILA ada sesetengah pasukan memilih untuk menukarkan pemain menjelang Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021, EVOS VIP memilih untuk memberi peluang sekali lagi kepada semua pemainnya dengan mengekalkan barisan PUBG Mobile.

Meski tidak melepasi ke peringkat Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) untuk dua musim berturut-turut, EVOS VIP tidak pernah suram dalam menyediakan kandungan menarik untuk peminat.

Terbaru, EVOS VIP memuatnaik satu video aksi Hollywood menjelang PMPL MYSG S3 akan datang.

Foto:YouTube / EVOS SG MY

Video yang berjudul EVOS Bangkit itu menampilkan barisan utama PUBG Mobile yang akan bertandingan dalam liga PMPL MYSG S3, iaitu:

  • Muhamad Afiq Aziz (Yakuza)
  • Ahmad Danial Haiqal (Hyqul)
  • Wan Muhammad Irfan (Razor)
  • Muhammad Abdul Samad (xSamZ)
  • Muhammad Danial Shahrom (Luxxy98)

Peluang ketiga EVOS VIP dalam pentas profesional seharusnya tidak boleh disia-siakan dan perlu menciptakan kejutan dengan sekurang-kurangnya menjadi ketiga terbaik dalam liga.

Rekod kurang baik pada PMPL musim pertama dan kedua EVOS VIP dengan berada di ranking ke-14 dan ke-13 pada final perlu menjadi satu kayu ukur yang perlu diatasi untuk menjadi yang terbaik.

EVOS VIP juga boleh mengembalikan zaman kegemilangan pada tahun 2019 sebelum skuad asalnya, Victorious In Play (VIP) menjadi naungan EVOS Esports cawangan Malaysia dan Singapura.

EVOS VIP turut menjadi antara pasukan yang beraksi di Liga dan Kejohanan PMCO Asia Tenggara di Shanghai, China selama dua musim berturut-turut.

Bahkan, pasukan itu pernah muncul sebagai terbaik di Malaysia dengan memenangi Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan 2019 di Kuala Lumpur.

VIP ketika mengutip 4 Chicken Dinner berturut-turut dalam PMNC 2019.-Foto: Mariah Ahmad

Pengalaman di peringkat antarabangsa sewajarnya menjadi kekuatan EVOS VIP apabila tiga pemain pasukan itu, Yakuza, XSamZ dan Luxxy98 pernah beraksi dalam Grand Final Kejohanan Piala Asia Tenggara Rules of Survival pada 2018 menerusi pasukan 8X.

LUXXY98, Yakuza dan xSamZ ketika dalam Grand Final Rules of Survival 2018.

Keserasian EVOS VIP pula tampak lebih berkeyakinan menerusi beberapa scrim (latihan) yang diadakan sebelum PMPL MYSG S3.

Menerusi kelebihan EVOS VIP dari segi pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa, keserasian yang utuh dan kestabilan pasukan yang bernaung di bawah organisasi ternama, apa lagi alasan untuk tidak mengasah taring dan tampil lebih garang pada musim kali ini?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved