Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Penampilan sulung Secret Rex, kutip 13 kills pada hari pertama

Published

on

Foto: Facebook / PUBG MOBILE

PEMAIN profesional PUBG Mobile, Asyam Allam (Rex) dari pasukan Team Secret MY berjaya mengungguli carta mata bunuh (kills) pada hari pertama Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) dalam penampilan sulungnya pada peringkat liga itu.

Rex berjaya mengutip 13 mata bunuh dalam empat pusingan yang dipertandingkan pada hari pertama liga yang melibat kumpulan A dan kumpulan B.

Rex, yang menyertai dalam barisan pemain utama Team Secret MY pada babak liga dunia yang lalu dilihat berjaya mengadaptasi dengan corak perlawanan agresif Team Secret MY dan menjadi antara fragger utama pasukan tersebut.

Pemain yang baru bertapak dalam pentas kompetitif antarabangsa musim lalu turut memberikan 1765 kesan bunuh secara total kepada pihak lawan dan mendapat empat tembakan kepala (headshot) sepanjang hari ini.

Tempat kedua dalam kedudukan carta bunuh hari pertama dikongsi tiga pemain iaitu Azim Ikromi (Draxx) dari pasukan Yoodo Gank, Amirol Hakiem (Kim) dan Ahmad Qayhfishah (Zizo) dari pasukan TRX Elementus dengan masing-masing mengutip 10 mata bunuh.

Terminator minggu pertama PMPL MYSG akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM1,000 (AS $200).

Gelaran terminator akan diberikan kepada pemain PMPL MYSG yang mempunyai jumlah mata bunuh terbanyak bagi minggu tersebut.

PMPL MY/SG telah membuka tirainya pada hari ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Liga profesional itu boleh ditonton secara eksklusif di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved