Connect with us

PUBG Mobile

Analisis: Ramalan lokasi mendarat pasukan PMPL MYSG

Published

on

Musim kedua Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) bakal berlangsung seketika nanti.

Berikut adalah ramalan WTM Today, mengenai lokasi mendarat pasukan-pasukan PMPL MYSG di empat peta yang bakal dipertandingkan nanti!

Erangel

Ramalan lokasi mendarat PMPL MY/SG Erangel

Bagi kawasan Pochinki di Erangel, berkemungkinan juara PMPL MY/SG musim pertama, Team Secret MY akan terus merajai kawasan tersebut untuk mendapatkan barangan-barangan keperluan.

Dua pasukan lain yang mewakili negara di kejohanan PMPL Asia Tenggara, J8 Esports serta Yoodo Gank juga berkemungkinan tidak akan mengubah lokasi mendarat yang menjadi taruhan pada musim pertama.

Pertarungan-pertarungan awal yang mungkin kita bakal saksikan mungkin akan berlaku di kota Yasnaya Polyana, antara pasukan Flash Vision dan pasukan Singapura 8GMT.

Miramar

Ramalan lokasi mendarat PMPL MY/SG Miramar

Kota San Martin juga dilihat bakal menjadi lokasi hangat bagi pertarungan awal, terutamanya bagi pasukan Team Secret MY dan pasukan aKa eSports.

Mampukah Team Secret MY mempertahankan lokasi mendarat mereka dari diambil pasukan dari peringkat kelayakan kejohanan kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) itu dan seterusnya mempertahankan gelaran Raja Miramar Malaysia?

Vikendi

Ramalan lokasi mendarat PMPL MY/SG Vikendi

Peta seluas 6kmx6km persegi ini sememangnya bakal menyaksikan corak permainan agresif dan barbar (rusuh) dari pasukan-pasukan PMPL.

Pasukan Still Moving under Gunfire (SMG) dilihat akan menukarkan lokasi mendarat mereka dari musim pertama iaitu, dari Cosmodrome ke daerah Winery bagi musim kali ini.

Mampukah percaturan mereka memberikan hasil bagi peta Vikendi ini sekaligus membantu mereka mengulangi kejayaan berada di tempat pertama bagi peringkat liga?

Sanhok

Peta terkecil ini tentunya akan memberikan aksi-aksi menarik sepanjang perlawanan, terutamanya dengan sistem mata terbaharu ini setiap pasukan bakal melakukan langkah-langkah agresif bagi mengoptimumkan mata bunuh yang boleh dikumpul.

Saksikan PMPL MY/SG Musim Kedua secara eksklusif di laman Facebook pada jam 4.30 petang nanti.

PMPL MY/SG turut menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM628,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved