Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Pasukan wanita Singapura, PPG raih Chicken Dinner pertama

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Singapura, PPG, meraih Chicken Dinner pertama pada hari pembukaan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) Musim Kedua seketika tadi.

PPG yang mempunyai kesemua pemain pada bulatan akhir, berjaya meraih 15 mata kemenangan di Zabava, Vikendi.

Satu-satunya pasukan wanita di liga profesional itu turut berjaya mengutip lima mata bunuh pada pusingan pertama tadi.

Video : Facebook / PUBG Mobile Esports MY

Barisan utama PPG terdiri daripada:

  • Ar Syifa Zakaria (Daisyy)
  • Puteri Nurdinie Megat Abd Halim (Puteri)
  • Nabilah Baharuddin (Babybel)
  • Sin Yee (Moyy)
  • Nurul Farhana (Faa)
  • Nur Athirah Mohamed Affandi (Tearah)

Bagaimanapun, PPG terpaksa akur untuk berada di tangga kedua pada peringkat keseluruhan ketika ini memandangkan pasukan Team Bosskurr mengutip mata bunuh yang lebih banyak.

Team Bosskurr kini mendahului PMPL MY/SG dengan 21 mata, manakala PPG mengutip 20 mata.

Menerusi kemenangan Chicken Dinner itu, PPG membawa pulang kira-kira RM200 (AS$50).

PMPL MY/SG telah membuka tirainya pada hari ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved