Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: PPG sasar sekurang-kurangnya top 16 liga

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pemain pasukan PUBG Mobile PowerPuff Girls (PPG) Sin Yee (Moyy) memasang impian untuk pasukannya meraih sekurang-kurangnya kelompok 16 terbaik dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Moyy berkata dia mengharapkan PPG dapat mengekalkan momentum ranking kedudukan pada setiap minggu kejohanan.

“Kami berasa gembira kerana kami adalah pasukan wanita pertama yang layak ke PMPL MYSG.

“Sejujurnya semua pasukan yang bertanding adalah pasukan yang bukan lagi asing dalam scrim (perlawanan persahabatan) mahupun kejohanan besar.

“Sudah pastinya setiap pasukan itu akan memberi saingan saingan yang sangat hebat kepada kami” kata Moyy ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

BACA: Pasukan wanita Singapura, PPG raih Chicken Dinner pertama

Penghibur penstriman langsung dengan 33,000 pengikut itu turut mengatakan bahawa mereka tidak menjangkakan dapat melayakkan diri ke PMPL MYSG kerana mereka antara pasukan wanita yang bertanding di babak kelayakan di samping pasukan NED Faita.

Carry frager pasukan Singapura itu turut meluahkan rasa kesyukuran atas sokongan para peminat PPG.

“Kami berjanji akan mencuba sehabis baik dan semestinya tidak akan menghampakan kalian semua.

“Teruskan sokong PPG, #PPGWIN,” tambahnya.

Selain Moyy, barisan utama PPG yang bertanding dalam PMPL MYSG Musim Kedua adalah:

  • Ar Syifa Zakaria (Daisyy)
  • Puteri Nurdinie Megat Abd Halim (Puteri)
  • Nabilah Baharuddin (Babybel)
  • Sin Yee (Moyy)
  • Nurul Farhana (Faa)
  • Nur Athirah Mohamed Affandi (Tearah)

Pasukan PPG berada di Kumpulan B bagi PMPL MYSG dan baharu sahaja mengutip Chicken Dinner pertama PMPL MYSG.

Menerusi kemenangan Chicken Dinner itu, PPG membawa pulang kira-kira RM200 (AS$50).

PMPL MY/SG telah membuka tirainya pada hari ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Liga profesional itu boleh ditonton secara eksklusif di Facebook PUBG Mobile.

PUBG Mobile

#RoadToSEA Final: Dah dapat slot pun Yoodo Gank, Team Secret nak terus dominasi

Published

on

KUALA LUMPUR – Dua gergasi PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dan Team Secret MY mendominasi ranking hari pertama Grand Final Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua dengan masing-masing berjaya mengutip dua Chicken Dinner.

The One and Onleh Yoodo Gank yang membuka tirai dengan penuh bergaya di peta Miramar berada di tangga pertama ranking Grand Final ketika ini dengan kutipan 93 mata secara keseluruhan termasuk 41 mata bunuh.

Manakala Team Secret MY yang berada di tangga kedua mengutip 89 mata termasuk 46 mata bunuh.

Kedua-dua pasukan itu juga menunjukkan mutu persembahan yang menarik dan mantap terutama pada pusingan keenam Grand Final yang berlangsung di Miramar.

Dalam pusingan itu, Yoodo Gank dan Team Secret MY membuktikan kedua-dua pasukan itu mempunyai reputasi tersendiri dengan menunjukkan pertarungan yang sangat matang dan tidak tergopoh.

Sememangnya ia satu pertarungan El Classico PMPL MYSG yang memukau penonton kerana kedua-dua pasukan itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Sebagai contoh, pada zon selamat terakhir di Miramar itu berlangsung lebih 1 minit 30 saat bagi kedua-dua pasukan itu berlawan untuk mendapatkan Chicken Dinner.

Pertembungan itu menyaksikan aksi yang luar biasa dari Terminator Terbaik Asia Tenggara, Azim Ikromi (Draxx) dan Terminator Terbaik Liga PMPL MYSG, Dhiya Mohd Arasz (uHigh).

Namun percaturan uHigh untuk melakukan lompatan sambil melepaskan tembakan membuahkan hasil apabila ia mengena Draxx.

Sementara itu, tidak jauh di berada di belakang Team Secret MY dalam ranking adalah Team SMG yang turut mengutip dua Chicken Dinner hari ini di Erangel dan Sanhok.

Team SMG mempunyai 85 mata ketika ini, hanya lima mata ketinggalan di belakang Team Secret MY.

Tumpuan akan diberikan kepada penyandang tempat ketiga dan keempat Grand Final PMPL MYSG jika Yoodo Gank dan Team Secret MY terus mendominasi pada esok dan lusa.

Ia berikutan hanya dua slot diberikan kepada liga tersebut untuk mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara, iaitu Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Grand Final PMPL MYSG akan berlangsung sehingga Ahad ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

#RoadToSEAFinal: “Dulu dia kata tak gayat, sekarang kat bawah”- Savior

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

“HARI itu, tak silap saya dia kata dia tak gayat. Sekarang saya tengah cari mana dia. Oh, di bawah. Come and catch me bro. Ingat nama kami, SMG, okay?”

Itu usikan jurulatih pasukan profesional PUBG Mobile Still Moving Under Gunfire (SMG), Muhammad Hazwan Abd Halim (Savior) kepada Muhammad Farhan Abdul Gaffar (JangS) yang merupakan jurulatih pasukan Team Secret MY.

Savior berkata demikian dalam satu temubual selepas Team SMG memenangi Chicken Dinner Kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Sebelum ini Jangs pernahmenyatakan bahawa dia tidak “gayat” berada di atas carta keseluruhan ketika Team Secret MY mendominasi carta liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Foto: Facebook/ PUBG Mobile

Jangs sebelum ini berjaya memimpin pasukannya Team Secret MY ke puncak liga profesional kebangsaan itu sekaligus menerima slot ke peringkat Asia Tenggara nanti.

Sementara itu, Savior, bekas pemain profesional untuk e-sukan Player Unknowns’ BattleGrounds, kini menyertai pasukan SMG sebagai jurulatih untuk memimpin pasukan mereka menjuarai Grand Final PMPL MYSG.

Selepas lima pusingan bertanding, pasukan SMG berada di tempat kedua, satu mata sahaja di belakang pasukan Yoodo Gank.

View this post on Instagram

#RoadToSEAFinal: Ahhh, macam tu je @smg_jenny9 secara live mengajar warga emas @nrddynrsl baling bom macam mana. 🤣😂⁣ ⁣ GGWP @teamsmgofficial! Chicken Dinner yang kedua! BAPAK AH MANTAPPPPPP!!⁣ ⁣⁣ Kutipan Chicken Dinner, Hari Pertama Grand Final:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 2 – Erangel – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣Pusingan 3 – Vikendi – Team Secret MY⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 4 – Sanhok – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ Alright guys, jangan lupa follow WTM di: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Video: @pubgmobilemyofficial ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pmplmysg #pubgmobile #betheone #bukansekadarmaingame #iniesukankita

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Pasukan SMG berjaya mengutip 72 mata dengan 27 mata bunuh secara total setakat ini.

SMG, yang dibarisi Mohd Harith Iskandar (Bard), Mohd Nazeri Shahrin (Trixnity), Muhammad Danny Irfan (Jenny), Aqil Yusli (Six) dan Fairul Iskandar Putra (Putra) sebelum ini pernah menjuarai peringkat liga PMPL MYSG bagi musim pertama menerusi nama Bapak Ah Esports.

Grand Final PMPL MYSG masih lagi berbaki 13 pusingan tinggal bagi pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik tanah ir untuk mendapatkan dua slot ke kejohanan peringkat Asia Tenggara.

Mampukah pasukan SMG mendominasi carta keseluruhan dan muncul di atas selepas tiga hari kejohanan?

Saksikan Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua secara langsung di Facebook PUBG Mobile dan anda juga berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi!

Continue Reading

PUBG Mobile

#RoadtoSEAFinal: iNaoki mungkin tidak akan main Grand Final – Man Parang

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain kelima Yoodo Gank Azmal Jasni (iNaoiki) berkemungkinan tidak akan beraksi dalam Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua, kata kapten Aiman Mohd (Man Parang).

Man Parang berkata ia berikutan keempat-empat pemain utama Yoodo Gank ketika ini berada di lokasi latihan pasukan itu selain iNaoiki.

“Kami berada di lokasi latihan pasukan sempena Grand Final kecuali iNaoki. Jadi siapa yang ada di sini sahaja akan bermain,” kata Man Parang secara ringkas.

Dia berkata demikian dalam satu temu bual PMPL selepas memenangi Chicken Dinner Grand Final di Miramar seketika tadi.

BACA: Yoodo Gank dapat circle, CCV naik lebih 79,000 tontonan

View this post on Instagram

#RoadToSEAFINAL: Carta dan ranking selepas tamat pusingan pertama. Wowza semua merah dalam carta terminator guys. GGWP Yoodo Gank dan Geek Fam!⁣ ⁣ Geek Fam kini mendahului di tangga pertama selepas mengutip 12 mata bunuh! YAZZAAAAAAA! ONCE A GEEK ALWAYS A FAM! ⁣ ⁣⁣⁣ Kutipan Chicken Dinner, Hari Pertama Grand Final:⁣⁣ Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣ ⁣⁣ Alright guys, jangan lupa follow WTM di: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ Foto: @pubgmobilemyofficial ⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pmplmysg #pubgmobile #betheone #bukansekadarmaingame #iniesukankita

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Difahamkan, lokasi latihan Yoodo Gank yang dinamakan Wulfden terletak di Puchong, Selangor.

Ketika ini sedang berlangsung Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua yang menyaksikan 16 pasukan terbaik tanah air merebut gelaran juara dan slot ke Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) 2020.

Hanya dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan mara ke SEA Final 2020.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Sementara itu, Man Parang juga meninggalkan beberapa kata-kata semangat kepada pasukan-pasukan yang lain dalam misi merebut slot itu.

“Selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik untuk dapatkan slot ke SEA Final. Ayuh, mari kita lakukannya,” kata Man Parang.

Tonton Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua secara langsung di Facebook PUBG Mobile dan dan anda berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved