Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Back-to-Back Chicken Dinner Team Secret MY

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Jaguh PUBG Mobile negara, Team Secret MY yang dilanda pelbagai drama baru-baru ini membuktikan mereka mampu mengetepikan hal peribadi dan profesional apabila berjaya mengutip dua Chicken Dinner berturut-turut pada hari pembukaan Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua.

Team Secret MY yang bertemu dengan musuh tradisi, Yoodo Gank pada bulatan akhir buat kali kedua seketika tadi, berjaya mengutip 15 mata kemenangan menerusi pertarungan 1 lawan 1 antara pemainnya Asyam Allam (Rex) dan Pemain Terbaik Asia Tenggara Azim Ikromi (Drax).

BACA: Kami okay, hanya calar sikit di hidung – uHigh

Seminit sebelum itu, bulatan akhir pusingan ketiga PMPL MYSG itu menyaksikan 10 pemain dari lima pasukan masih lagi hidup dalam misi memburu kemenangan Chicken Dinner yang terletak di bahagian utara Pochinki.

Draxx juga masih ditemani rakan sepasukannya Aiman Mohd (Man Parang) sebelum diserang hendap pemain pasukan Singapura Jerome Yong Ying Rui (Jerome).

Selepas beberapa temboh membalas tembakan, Draxx akhirnya membunuh Jerome dan memaksa untuk pasukan Singapura itu akur di tempat ketiga pada pusingan itu.

Situasi kemudiannya menyaksikan hanya seorang sahaja pemain yang tinggal bagi kedua-dua pasukan Yoodo Gank dan Team Secret MY iaitu Rex dan Draxx.

Meski Rex kurang berpengalaman dalam dunia kompetitif berbanding Draxx, dia tidak menjadikannya sebagai satu kelemahan.

Dengan satu semangat tanpa gentar, Rex mensasarkan pistolnya ke arah Draxx dan melepaskan beberapa das tembakan.

Draxx tewas, Rex menyumbang Chicken Dinner kedua untuk Team Secret MY.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret MY kini mengungguli ranking keseluruhan liga dengan 50 mata secara keseluruhan.

Sementara itu, Yoodo Gank mengikuti rapat dengan lima mata di belakang.

Berikut adalah senarai pasukan yang berjaya mengutip Chicken Dinner setakat ini:

  • Pusingan 1 – Vikendi – PPG
  • Pusingan 2 – Miramar – Team Secret MY
  • Pusingan 3 – Erangel – Team Secret MY

Menerusi kemenangan dua Chicken Dinner itu, Team Secret MY berjaya mendapat kira-kira RM400 (AS$100).

PMPL MY/SG telah membuka tirainya pada hari ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Anda boleh tonton secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved