Connect with us

PUBG Mobile

Kami okay, hanya calar sikit di hidung – uHigh

Published

on

Foto: Facebook / Secret BiuBiu

PEMAIN profesional PUBG Mobile bagi pasukan Team Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) mengesahkan dia dan rakan sepasukannya Kow Jiunn Jie (BiuBiu) dalam keadaan selamat selepas terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.

uHigh dalam satu posting di Instagram Story berkata dalam insiden itu dia hanya mengalami sedikit calar di bahagian hidung.

“Kami okay, cuma terdapat sedikit calar di bahagian hidung saya,” kata uHigh pada malam tadi.

Semalam, BiuBiu memuat naik satu kenyataan bersama sebuah gambar di Facebook mengenai kemalangan kereta itu yang melibatkan dirinya dan uHigh.

Menurut BiuBiu dia memohon maaf kerana telah menyebabkan peminatnya risau berikutan insiden itu.

“Saya yakin ada di antara anda yang ketahui apa yang terjadi. Saya dan Dhiya terlibat dalam kemalangan kereta semalam (kelmarin).

“Namun tiada yang mengalami cedera serius atau saya mungkin tidak akan memaafkan diri saya. Kami berada dalam keadaan okay ketika ini dan maaf kerana membuat anda risau.

“Terima kasih semua kerana sokongan anda. Saya menghargainya,” kata BiuBiu.

Berikutan kenyataan BiuBiu itu, ada dalam kalangan peminat yang melahirkan rasa lega apabila kedua-dua pemain itu berada dalam keadaan selamat.

BiuBiu, Dhiya dan Team Secret MY merupakan antara pasukan jemputan yang akan menyertai liga terbesar PUBG Mobile di Malaysia dan Singapura (PMPL) Musim Kedua mulai hari ini.

Pasukan itu masih mengekalkan barisan pemain utamanya dengan penambahan Asyam Allam (Rex).

Berikut adalah senarai pemain Team Secret MY dalam PMPL MY/SG Musim Kedua:

  • Kow Jiunn Jie (BiuBiu)
  • Raymond Tan (iShotz)
  • Aekachai Areesanan (Madtoi)
  • Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh)
  • Asyam Allam (Rex)
Foto: PUBG Mobile Malaysia

Pada musim lalu, Team Secret MY muncul sebagai juara dan berjaya mendapat slot untuk beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Musim Zero.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved