Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Semua akan BTR pada waktunya, BTR kuasai minggu pertama PMPL Indonesia

Published

on

Foto Fail / PUBG Mobile Indonesia

JUARA Liga Dunia PUBG Mobile Profesional (PMWL) Timur, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) terus mengekalkan momentum kemenangan selepas mendominasi minggu pertama Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Indonesia.

Menerusi kemenangan minggu pertama itu, Bigetron RA membawa pulang kira-kira RM 6,200 (AS$1,500).

Pasukan Bigetron RA berada di kedudukan pertama dengan 175 mata secara keseluruhan dengan tiga kutipan Chicken Dinner dalam tempoh tiga hari perlawanan.

Bigetron RA yang juga pemenang kejohanan PMCO Musim Luruh 2019 tampil dengan aksi barbar sepanjang tiga hari dan berjaya mendapatkan jumlah mata bunuh yang banyak di samping mata kedudukan lumayan.

Inilah jumlah mata bunuh bagi setiap pusingan Chicken Dinner BTR RA:

  • Pusingan ke-9: 16 mata bunuh
  • Pusingan ke-11: 16 mata bunuh
  • Pusingan ke-18: 13 mata bunuh

Meskipun menunjukkan corak permainan agresif, Bigetron RA terpaksa akur apabila pemain-pemain mereka terlepas gelaran “Terminator of the Week” yang menjadi milik kepada Eksa Rachman Jayanto (RedFacen) yang berjaya mengutip jumlah mata terbanyak bagi minggu pertama.

RedFaceN bukan sahaja bergelar Terminator minggu pertama malah mendapatkan jumlah tembakan kepala (headshot) terbanyak bagi minggu tersebut, iaitu sembilan headshot.

Di belakang RedFaceN adalah keempat-empat anggota Bigetron Red Aliens, Made Bagus Pramudita (Luxxy), Made Bagas Prabaswara (Zuxxy), Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (Microboy) turut tersenarai dalam senarai pemegang mata bunuh terbanyak minggu pertama.

PMPL Indonesia telah berlangsung sejak 14 Ogos yang lalu dan akan tamat pada 27 September.

Kejohanan itu turut menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM628 ribu (AS$150,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved