Connect with us

PUBG Mobile

Tak perlu kecam OTG, kita tak tahu cerita kedua-dua pihak – Fredo

Published

on

PEMAIN profesional PUBG Mobile dari pasukan Yoodo Gank, Ahmad Fuad Razali (Fredo) berharap orang ramai boleh berhenti melemparkan kecaman dan hinaan kepada pengurus Team Secret MY, Partibhan Petchayappen (OntheGo).

Fredo berkata OntheGo yang kini sedang mengalami konflik dengan pemain profesional Team Secret MY Kow Jiunn Jie (BiuBiu) tidak berada dalam situasi yang membolehkan dirinya dipertahankan.

“Hari ini saya menatal garis masa Facebook dan banyak yang tengah bercerita mengenai OntheGo. Saya melihat banyak kecaman dan hinaan dilemparkan kepada OTG.

“Saya ingin menasihatkan bahawa kita sebagai penyokong mahupun peminat tidak perlu mengecam dan menghukum OntheGo.


”Kita tidak tahu cerita di antara kedua-dua belah pihak dan disebabkan ini tidak perlulah kita membuat andaian sendiri. OntheGo tak berada dalam situasi dia boleh pertahankan dirinya,” kata Fredo dalam satu kenyataan hari ini.

Baca: CEO Team Secret minta komuniti hormati privasi BiuBiu dan OTG

Menurut Fredo, biarlah OntheGo dan BiuBiu menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Sebelum ini ketua pegawai eksekutif organisasi e-sukan antarabangsa Team Secret, John Yao turut memohon peminat-peminat menghormati privasi OntheGo dan BiuBiu.

John berkata demikian menerusi akaun peribadinya di Facebook pada petang tadi.

Kenyataan John itu adalah susulan luahan perasaan tidak puas hati BiuBiu menerusi satu penstriman langsung di Facebook yang bertajuk “I’m back guys. Where have i been and what have i been up to” pada semalam.

Dalam penstriman langsung yang mencecah 208, 000 tontonan dalam jangka masa sehari itu, dia menceritakan pengalaman pahit yang dilaluinya sejak tiga minggu lalu apabila dikhianati oleh seseorang yang rapat dengan dirinya.

Konflik dalaman Team Secret MY kini menjadi tumpuan dalam kalangan peminat dan komuniti e-sukan PUBG Mobile apabila BiuBiu yang bertindak sebagai kapten pasukan tidak bermain secara kerap pada Liga Profesional PUBG Mobile (PMWL) Timur yang lalu.

Dalam kejuaraan dunia itu, Team Secret MY meraih tempat ke-15 secara keseluruhan mankala Yoodo Gank berada di tempat ke-16.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved