Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Zully clutch untuk J8, menang pertarungan bulatan akhir Sanhok menentang uHigh

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pasukan profesional PUBG Mobile negara J8 Esports berjaya memenangi pusingan ke-39 Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY SG) pada hari ini apabila kapten Mohammad Zulfadhli bin Abdul Rahman (Zully) berjaya memenangi bulatan terakhir di Sanhok berseorangan.

Kemenangan itu merupakan kutipan Chicken Dinner keempat mereka di peringkat liga setakat ini.

Pasukan J8 Esports terpaksa melalui perjalanan jauh untuk memasuki bulatan terakhir sehingga tersepit antara beberapa pasukan yang menyebabkan beberapa ahli mereka terkorban sewaktu melakukan penukaran posisi (rotation).

Circle scam (Zon selamat sukar dibaca) teruk,” kata Zully secara ringkas dalam suatu temu bual PMPL bersama pengacara Aaron Chan selepas tamat perlawanan.

Foto: PUBG Mobile

Apabila ditanya mengenai perancangan J8 Esports dalam pusingan Sanhok, ini jawapan Zully: “Kami berancang untuk bermain mengikut bulatan dan menunggu hingga bulatan bergerak untuk melakukan penukaran posisi.”

Zully yang merupakan satu-satunya pemain J8 Esports yang masih hidup di Sanhok tadi berjaya memenangi pertarungan 1vs1 pada bulatan terakhir menentang pemain Team Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz yang juga merupakan Terminator PMPL Musim Pertama.

Foto: PUBG Mobile

Walaupun situasi tidak menyebelahi J8 Esports disebabkan oleh permukaan muka bumi tanah tinggi, Zully berjaya mengesan uHigh dan menewaskan pemain muda tersebut dengan das-das tembakan M416.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Ia melibatkan 24 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved