Connect with us

PUBG Mobile

MPL: EVOS SG bakal dibubarkan?

Published

on

Foto: Facebook / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Kapten EVOS SG, Stefan Chong Ru Chyi (Soul) hari ini mendedahkan kebarangkalian Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) Musim Keenam bakal menjadi musim terakhir bagi pasukannya.

Menurut Soul, EVOS SG akan memberikan sehabis baik mungkin dalam liga terbesar bagi kedua-dua negara itu.

“Kepada peminat kami, terima kasih kerana memberi sokongan. Ini mungkin musim terakhir kami.

“Jadi kami akan memberikan mutu persembahan yang terbaik,” kata Soul dalam satu bual bersama penganalisis MPL MYSG, Aiman Kamal (Laphel).

Soul dan EVOS SG menang 2-0 menentang pasukan Team SMG pada hari kedua MPL MYSG.

“Kami lega mendapat 2-0 seketika tadi apabila pusingan kedua kami berjaya melakukan comeback. Kami akan memilih pertempuran apabila koordinasi mereka diluar posisi.

“Ini juga bermaksud ada lagi ruang yang perlu kami perbaiki,” kata Soul.

Rakan sepasukan Soul, Andrew Lim (Potato) menjadi pemain terbaik (MVP) bagi kedua-dua pusingan itu.

EVOS SG juga secara automatik memenangi perlawanan menentang Orange Lourve Esports esok, selepas pasukan yang meraih tempat ketiga MPL MYSG Musim Kelima itu mengalami masalah visa.

Sementara itu, Soul turut mengulas format “10 Heroes Ban” dalam liga itu dengan menyifatkan ia tidak menjadi masalah bagi pasukannya.

Jelas Soul, format itu hanya akan memberi kesan kepada pasukan yang memberi jumlah pilihan hero yang kecil.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved