Connect with us

PUBG Mobile

PMPL:”Kami mahu banggakan peminat Secret, bawa pulang gelaran juara”-Madtoi

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Team Secret Aekachai Areesanan, atau lebih dikenali sebagai Madtoi berharap dapat membanggakan peminat-peminat Team Secret MY dengan membawa pulang piala Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua.

Dalam satu temu bual PMPL MYSG selepas tamat perlawanan bersama pengacara Aaron Chan (Qontra), Madtoi turut memberikan komen tentang harapannya bagi musim terbaharu ini.

“Kami berharap dapat menjadi pasukan yang memaparkan prestasi yang konsisten dan semestinya misi utama adalah untuk menjadi juara dunia pada musim kali ini,” tambah Madtoi.

Dalam temu bual itu, Madtoi turut berkongsi beberapa nasihat sebagai seorang pemain profesional dalam bidang esukan.

Menurut Madtoi, untuk menjadi seorang pemain profesional yang baik, menjaga sikap terutama terhadap rakan sepasukan yang lain harus dijadikan keutamaan.

Seterusnya, pemain yang berasal dari Thailand itu turut menjelaskan bahawa kemahiran secara individu juga harus diberikan penekanan untuk memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan.

Apabila ditanya mengenai siapakah rakan sepasukannya yang banyak menunjukkan peningkatan dari segi prestasi, Raymon Tan (Ishotz) menjadi pilihan Madtoi.

“Semua pemain melakukan gerak kerja masing-masing dan memperbaiki mutu permainan mereka.

“Ishotz adalah yang paling banyak berubah dan menunjukkan prestasi yang lebih baik,” katanya.

Team Secret MY kini berada jauh di hadapan dengan 313 mata dan menjadi pasukan pertama dalam PMPL MYSG untuk mencecah 300 mata.

Pemenang PMPL MYSG Musim Pertama ini turut menjadi pasukan dengan bilangan Chicken Dinner terbanyak setakat ini, dengan lima Chicken Dinner.

53 mata di belakang pasukan Team Secret MY, Geek Fam menduduki tangga kedua dengan 260 mata.

Pasukan dengan mata bunuh terbanyak walaubagaimanapun merupakan pasukan yang sinonim dengan gelaran “The One and Onleh”, Yoodo Gank apabila berjaya mengutip 144 mata bunuh setakat ini.

Mampukah Team Secret MY dipimpin Madtoi mengekalkan momentum perlawanan ke penghujung minggu kedua ini ataupun kita bakal saksikan pergolakan dalam carta keseluruhan?

Saksikan PMPL MYSG secara eksklusif di laman Facebook Gaming esok.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Ia melibatkan 24 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved