Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Raja Miramar mungkin bertukar takhta, Team Secret MY sekali lagi tumpas kepada Axis Norlan MPX

Published

on

Pasukan Axis Norlan MPX yang menunjukkan prestasi baik selepas menduduki tempat pertama dalam carta harian semalam sekali lagi berjaya menundukkan Raja Miramar Malaysia Team Secret MY dalam Liga Profesional Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua.

Axis NRL MPX berjaya memberikan 2335 kesan bunuh dan mengumpulkan 14 mata bunuh bagi pusingan tersebut sekaligus mengutip 29 mata secara keseluruhan.

Dalam pusingan Miramar tersebut, pasukan yang dianggotai Eddie Firdaus (Leto), Haziq Hanafi (Appy), Muhammad Harith Aimar (Rith) dan Sahrul Daulay (Pemburu) bijak melakukan percaturan untuk menyerang pasukan Kingsman Gaming yang berada dalam zon terakhir untuk mendapatkan kelebihan.

Bagi pertarungan di bulatan terakhir menentang pasukan Team Secret MY, das-das tembakan tepat menggunakan senapang M416 menjatuhkan pemain Secret, Asyam Allam (Rex) menjadi isyarat untuk pasukan Axis melakukan langkah agresif.

Keempat-empat pemain pasukan Axis bijak mengepung ahli-ahli Secret MY yang tinggal, uHigh dan iShotz sekaligus memberikan mereka kemenangan dalam bulatan terakhir tersebut.

Dua daripada anggota mereka, Leto dan Pemburu turut tersenarai dalam carta permain terbaik pusingan tersebut apabila berjaya mengutip 5 dan 4 mata bunuh masing-masing.

Peningkatan prestasi pasukan Axis Norlan MPX semenjak permulaan minggu kedua sememangnya menakjubkan.

Saksikan Axis NRL MPX bersama 23 pasukan lain di PMPL MY SG secara eksklusif melalui Facebook Gaming.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved