Connect with us

PUBG Mobile

PMPL:Kami nak buktikan SMG pesaing terhebat di Malaysia- Putra

Published

on

TERMINATOR minggu pertama Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua, Fairul Iskandar Putra ingin membuktikan pasukannya Still Moving Under Gunfire (Team SMG) mampu menjadi pesaing terhebat di Malaysia.

Pemain yang mempunyai mata bunuh terbanyak bagi minggu pertama PMPL MYSG menyifatkan bahawa prestasi cemerlang sepanjang minggu pertama sebagai sesuatu yang tidak disangka olehnya.

“Memang terkejut apabila berjaya mengutip 14 mata bunuh dalam satu pusingan, tetapi saya gembira apabila berjaya membuktikan kebolehan diri saya dalam pentas sebegini,” jelas Putra apabila dihubungi WTM Today baru-baru ini.

Sepanjang minggu pertama, Putra berjaya untuk mendapatkan 34 mata bunuh, lapan tembakan kepala (headshot) dan empat assists secara keseluruhan.

Apabila ditanya mengenai rahsia kemenangan pasukan dalam pusingan Miramar yang menghadiahkan mereka Chicken Dinner, ini jawapan Putra:”Sebenarnya, antara sebab kami berjaya mempamerkan prestasi baik adalah disebabkan oleh faktor kerjasama antara rakan sepasukan dan pemikiran yang sama.”

Pasukan SMG yang turut mendapatkan satu lagi Chicken Dinner di peta Sanhok sekaligus mengutip 20 mata sebagai pembuka hari kedua pada minggu kedua ini.

Foto: PUBG Mobile

Pasukan SMG kini berada di kedudukan kelima secara keseluruhan dengan 204 mata.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Ia melibatkan 24 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved