Connect with us

PUBG Mobile

Gandingan Soloz dan Fredo dahului undian PMPL Sea Star Challenge showmatch

Published

on

Foto: PUBG Mobile

Gandingan penghibur penstriman langsung popular tanah air Fariz Zakaria (Soloz) dan pemain profesional PUBG Mobile Fuad Razali (Fredo) dari pasukan Yoodo Gank mendahului undian PMPL SEA STAR Challenge.

Duo tanah air itu berjaya mendapat 16,275 undian oleh peminat-peminat PUBG Mobile tanah air dan bakal bermain dalam PMPL SEA STAR Challenge showmatch yang bakal diadakan pada 30 Ogos nanti.

Antara gandingan lain yang akan bermain di showmatch nanti termasuklah:

  • Secret Rex & Intanserah
  • Secret Uhigh & FieraFendi
  • J8 Boyka & DaddyHood
  • DMS Mosgoku & AgusRianzz
  • Evos Yakuza & MissRose
  • RSG Vokey & Le Josette
  • Yoodo iNaoki & MasterRamen
Foto: Facebook/ PUBG Mobile

Undian ini telah berlangsung selama lima hari di laman pmpl.id dari 18 Ogos hingga 23 Ogos yang lalu.

Undian perlawanan pertunjukan SEE U Erangel itu menggandingkan penghibur penstriman langsung popular dan pemain profesional PUBG Mobile yang menyertai kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Hanya lapan penghibur penstriman langsung akan dipilih untuk bermain Showmatch SEE U ERANGEL bersama pemain profesional PMPL MY/SG nanti.

Soloz turut mendahului undian bagi kategori penghibur penstriman langsung dengan 22,236 undian.

Pemain futsal dan penghibur penstriman langsung Intan Sarah Anisah (Intanserah) berada di tempat kedua dalam undian dengan 9575 undian manakala Dwi Agus Rian Supardi (AgusRianzz) berada di tempat ketiga dengan 7395 undian.

PMPL SEA STAR Challenge akan diadakan pada 30 Ogos ini dan akan bermula pada 1:30pm.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved