Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Kesabaran Axis Norlan MPX berbaloi, berjaya kutip Chicken Pertama

Published

on

Foto: Facebook / Axis NRL MPX

PASUKAN Axis Norlan MPX akhirnya berjaya mengutip Chicken Dinner mereka yang pertama dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) dengan hasil kesabaran dan penelitian yang tinggi dalam bulatan-bulatan terakhir pusingan Miramar tadi.

Axis Norlan MPX mula dengan membuat penukaran posisi melalui bahagian utara peta dan berjaya memasuki perumahan-perumahan Monte Nuevo dengan percaturan bijak ketua dalam permainan (igl), Haziq Hanafi Md Zin (Appy).

Sibuk bertarung sesama sendiri, pasukan Team Secret MY, TRX Elementus dan Steel Heart Esports masing-masing tidak mengendahkan penukaran posisi Axis NRL MpX ke dalam bulatan seterusnya.

Dalam suatu temubual eksklusif bersama pengacara PMPL MYSG, Aaron Chan (Qontra), pemain support Axis Norlan MPX, Khairul Ridhwan Idris (Joker) mendedahkan bahawa pada bulatan terakhir, mereka menunggu situasi terbaik untuk melancarkan serangan mereka.

“Sebenarnya kami menunggu pasukan Team Secret dan TRX Elementus untuk bertarung sesama sendiri.

“Kami berjaya mendapatkan situasi yang terbaik bagi kami dan mengoptimumkan keadaan tersebut apabila Secret dan TRX bertarung sesama sendiri,” jelas Joker.

Apabila disoal mengenai penukaran momentum perlawanan sejak minggu kedua ini, inilah jawapan Joker:”Kami mencuba corak perlawanan agresif dan barbar.”

Pasukan Axis NRL MPX memaparkan prestasi yang memuaskan semenjak permulaan minggu kedua inib sekaligus menduduki tempat pertama secara keseluruhan untuk hari kedua minggu kedua setakat ini.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved