Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Raja Cosmodrome, EVOS VIP berjaya mendapatkan Chicken Dinner kedua

Published

on

Pasukan profesional PUBG Mobile negara EVOS VIP berjaya mengutip Chicken Dinner kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysaia Singapura (PMPL MYSG).

Pasukan yang dibarisi Muhammad Afiq Abdul Aziz (Yakuza), Ahmad Danial Haiqal (Hyqul), Muhammad danial Shahrom (Luxxy98), Muhammad Danial Shahrom (xSamzie) mendapatkan Chicken Dinner bagi pusingan terakhir pada hari ini.

EVOS VIP berjaya mempertahankan tempat mendarat mereka, Cosmodrome daripada pasukan-pasukan lain sekaligus mendapatkan tempat pertama bagi carta keseluruhan bagi hari ini.

Pasukan itu berjaya mengutip 46 mata keseluruhan termasuk 19 mata bunuh.

EVOS VIP kini berada di kedudukan ke-10 secara keseluruhan dengan 228 mata keseluruhan.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Ia melibatkan 24 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved