Connect with us

PUBG Mobile

PMPL:”Sasaran kami 10 Chicken Dinner ke atas” – Rex

Published

on

Foto : Facebook / PUBG Mobile

JUARA Liga Profesional PUBG Mobile Musim Pertama Team Secret MY sekali lagi menunjukkan mereka mempunyai kekuatan tersendiri dengan mendominasi carta keseluruhan bagi musim kedua kejohanan tersebut meski terdapat perubahan dalam sistem kutipan mata.

Setelah kira-kira dua minggu bertanding dalam kejohanan atas talian itu, pasukan Team Secret MY berada jauh di hadapan dengan 369 mata.

Dalam satu temu bual tamat perlawanan, pemain fragger Team Secret MY Asyam Allam (Rex) menjelaskan bahawa pasukan mereka mensasarkan 10 Chicken Dinner dan ke atas sepanjang liga PMPL berlangsung.

Foto: PUBG Mobile

Kini, Team Secret MY telah pun mendahului bilangan Chicken Dinner yang diperolehi oleh mana-mana pasukan dengan kutipan enam Chicken Dinner iaitu tiga di peta Erangel, satu di Miramar dan dua lagi di Sanhok.

Apabila ditanya mengenai percaturan kemas Team Secret melancarkan serangan terhadap kawasan tanah tinggi dalam pusingan Erangel semalam, Rex berkata ia berikutan kerjasama setiap pemain yang menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam permainan.

“Kami semua mengetahui mengenai peranan masing-masing dalam situasi tersebut dan kami memutuskan bahawa serangan tersebut akan memberikan hasil terbanyak bagi pasukan kami” tambah Rex.

Pasukan Team Secret MY turut mendahului liga dengan jumlah kesan bunuh dan jumlah mata bunuh secara keseluruhan.

Rakan sepasukan Rex, Aekachai Areesanan (Madtoi) turut berharap bahawa pasukannya mampu mengekalkan konsistensi sepanjang liga dan membawa pulang piala PMPL MYSG bagi musim kedua ini.

BACA: PMPL:”Kami mahu banggakan peminat Secret, bawa pulang gelaran juara”-Madtoi

Foto: PUBG Mobile
Foto: PUBG Mobile

Mampukah Team Secret MY mengekalkan momentum perlawanan ke penghujung minggu kedua ini ataupun kita bakal saksikan pergolakan dalam carta keseluruhan?

Saksikan PMPL MYSG secara eksklusif di laman Facebook Gaming hari ini jam 3 petang.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Ia melibatkan 24 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura.

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: Bigetron RA juara, sertai Team Secret, Yoodo Gank SEA Finals

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Indonesia

JUARA dunia Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Bigetron Red Aliens sekali lagi menunjukkan bahawa mereka merupakan pasukan bertaraf dunia apabila muncul sebagai juara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Indonesia Musim Kedua.

Menerusi kemenangan itu, Bigetron RA layak secara merit ke kejohanan PMPL Asia Tenggara (SEA Finals) Musim Kedua yang bakal memaparkan aksi-aksi pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara nanti.

Bigetron RA berjaya mengutip 831 mata secara keseluruhan, 61 mata di hadapan ION Esports yang menduduki tempat kedua.

Sempat ketinggalan 40 mata lebih antara ION Esports, Bigetron RA berjaya melakukan kebangkitan yang menakjubkan dengan mengutip tiga Chicken Dinner sekaligus melonjak ke kedudukan teratas.

BACA: PMPL Indonesia: “Ngeprank”?Juara dunia BTR RA kutip lagi tiga Chicken Dinner

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Walaupun mendominasi carta keseluruhan, pemain-pemain Bigetron RA terpaksa akur apabila gelaran MVP dan terminator liga PMPL Indonesia jatuh ke tangan pemain pasukan ION Esports, Eksarachman Jayanto (RedFaceN).

RedFacen berjaya mengutip rating sebanyak 1.64 dan mendahului carta bunuh liga dengan, 138 mata bunuh secara total.

Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Kelayakan pasukan Bigetron RA ke peringkat Asia Tenggara sekaligus menimbulkan persoalan samada pasukan itu mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya untuk mempertahankan gelaran juara dunia.

PMPL Indonesia telah berlangsung sejak 14 Ogos yang lalu dan akan tamat pada 27 September.

Liga PMPL Indonesia menawarkan jumlah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM628 ribu (AS$150,000) secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL: Yoodo Gank sah dapat slot ke PMPL SEA Final

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR- Pasukan profesional PUBG Mobile yang sinonim dengan gelaran “The One and Onleh”, Yoodo Gank sah mendapatkan slot automatik ke kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) bagi Musim Kedua.

Ia berikutan kemenangan pasukan tersebut dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 pada Mei lalu.

Perkara tersebut diumumkan dalam penstriman langsung Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua seketika tadi.

Dalam PMPL MYSG Musim Kedua, Yoodo Gank menamatkan saingan bagi peringkat liga di tangga kesembilan dengan 549 pungutan mata.

Yoodo Gank yang terdiri daripada Azim Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (Man Parang), Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Azmal Jasni (iNaoki) berjaya mengutip empat Chicken Dinner secara total sepanjang peringkat liga.

Foto: PUBG Mobile
Foto: PUBG Mobile

Kapten pasukan Manparang pernah berkata dalam satu temubual tamat perlawanan bahawa peringkat liga PMPL menjadi platform bagi pasukan mereka untuk membina keserasian bersama ahli baharu, iNaoki sebelum peringkat akhir PMPL nanti.

Selain itu, pasukan Team Secret MY turut bakal mewakili negara Malaysia ke kejohanan Asia Tenggara tersebut nanti selepas muncul sebagai penyandang tempat pertama peringkat liga dengan 760 mata jauh di hadapan pasukan-pasukan lain.

Dua lagi slot akan diberikan kepada pasukan Malaysia ke peringkat antarabangsa itu dan ia akan ditentukan pada 25-27 September nanti dalam gelanggang terakhir 16 pasukan terbaik Malaysia, Grand Final PMPL MYSG! ⁣

BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL: uHigh mempertahankan gelaran Terminator kejohanan Liga PMPL Musim Kedua

Published

on

KUALA LUMPUR– 104 mata bunuh.

Itu jumlah yang berjaya dikutip oleh pemain profesional PUBG Mobile, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari Team Secret MY untuk mempertahankan gelarannya sebagai Terminator Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) bagi Musim Kedua.

Menerusi kemenangan itu, pemain yang berusia 16 tahun itu membawa pulang kira-kira RM4,980 (AS$1,200).

Pada hari terakhir kejohanan liga PMPL MYSG, uHigh berjaya mengutip sebanyak empat mata bunuh untuk mengekalkan kedudukannya di tangga teratas carta Terminator liga.

Berikut merupakan lima pemain PMPL MYSG yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi sepanjang empat minggu liga berlangsung;

  • 1) Secret uHigh – 104 mata bunuh
  • 2)RSG IronPro – 99 mata bunuh
  • 3)Yoodo Fredo – 98 mata bunuh
  • 4) SMG Putra – 96 mata bunuh
  • 5)J8 DamQT – 95 mata bunuh

Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

uHigh bersama pasukan Team Secret MY juga berjaya menduduki tangga teratas bagi peringkat liga PMPL MYSG sekaligus berjaya melayakkan diri ke kejohanan PMPL Asia Tenggara nanti.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret MY juga berjaya meloloskan diri ke Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) dan akan menyertai pasukan senegara Yoodo Gank ke peringkat itu.

BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final

Jangan lupa saksikan peringkat akhir kejohanan PMPL MYSG pada 25 September nanti yang akan melibatkan 16 pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura.

PMPL MYSG menawarkan hadiah wang terkumpul RM 620,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved