Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Team Secret perbesarkan jurang mata, dapat Chicken Dinner ketujuh

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pasukan profesional PUBG Mobile negara Team Secret MY membesarkan lagi jurang dengan pasukan-pasukan lain dalam carta keseluruhan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) apabila berjaya mengutip Chicken Dinner yang ketujuh.

Team Secret MY yang dibarisi Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Aekachai Areesanan (Madtoi), Raymond Tan ( iShotz) dan Asyam Allam (Rex) berjaya memenangi Chicken Dinner di peta Erangel di pusingan ke-46.

Pasukan Team Secret MY memaparkan corak permainan agresif sepanjang perlawanan untuk meratakan pemain-pemain pasukan NED Brotherhod, Marlino dan TRX Elementus

Gandingan uRex (uHigh dan Rex) sememangnya mengekalkan corak permainan agresif dari Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur apabila tersenarai dalam senarai pemain terbaik bagi pusingan tersebut.

Prestasi cemerlang Team Secret MY sekaligus membesarkan jurang antara pasukan yang berada di tempat kedua, Geek Fam sebanyak 87 mata setakat ini.

Team Secret MY turut menjadi pasukan pertama untuk mencecah 400 mata setakat ini.

Saksikan PMPL MYSG secara eksklusif di laman Facebook Gaming.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Ia melibatkan 24 pasukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia dan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved