Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Misi cecah top 5, Rith bawa Axis Norlan MPX rebut takhta Raja Miramar

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pasukan underdog, Axis Norlan MPX sekali lagi berjaya mengutip Chicken Dinner di peta Miramar dan mengekalkan konsistensi mereka sepanjang minggu kedua Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG)

Remaja berbakat besar pasukan Axis MPX, Muhammad Harith Aimar (Rith) berjaya melakukan clutch untuk meratakan dua pemain WeStar Xpert Muhammad Afiq Irfan (Moon) dan Che Ku Amriq Asyraf ( Romeo) dengan menggunakan Micro UZI pada akhir perlawanan.

Meskipun dikepung oleh pasukan-pasukan dari pelbagai arah, pasukan Axis NRL MPX berjaya menggunakan bom asap untuk menuju ke bulatan terakhir sekaligus memberikan mereka Chicken Dinner tersebut.

Ini merupakan Chicken Dinner ketiga di Miramar bagi pasukan tersebut bagi minggu kedua PMPL MYSG.

Pasukan Axis Norlan MPX menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang minggu kedua dan kini berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik secara keseluruhan.

16 pasukan terbaik akan mara ke peringkat akhir PMPL MYSG untuk bertarung slot ke peringkat Asia Tenggara.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved